:: iLAiK...miNNi ::

~ Perkongsian dalam ukhuwwah .:. kekal dalam hasanah ~

Thursday, October 28, 2010

.:. Penat .:.

Sape x penat kan klu setiap hari balek dr kuliah pkl 4 petang. Malam pulak kene revise balek ape yg dah belajar siangnya. Kadang2 ade pulak program di waktu malam. Belajar ni memang penat sebenarnya. Klu tengok sirah salaf, menuntut ilmu ni disinonimkan dengan perjalanan yang jauh dan perkara yang memenatkan. Malam td tergerak hati nak bukak buku tulisan Dr Yusuf Qardhawi : 'Ar-Rasul wal Ilm' ... di bawah tajuk "Menuntut Ilmu dan Adab2 nya" ade subtopik berkaitan dengan - Bersabar di atas Kepenatan dalam Menuntut Ilmu. Jom tengok antara isi tulisan beliau (terjemahan dan tafsiran gaya bebas ... huhu) ;

1/ Di antara adab menuntut ilmu menurut Islam - menbiasakan diri dengan kemungkinan perkara2 yg memenatkan, usaha yang berterusan di siang hari dan berjaga di waktu malam (stay up la lbh kurang)

2/ Contohi Nabi Allah Musa dalam usahanya mencari hikmah seperti yang dinukilkan dalam Surah Al-Kahfi ayat 60 :

Behold, Moses said to his attendant, "I will not give up until I reach the junction of the two seas or (until) I spend years and years in travel."

3/ Sahabat dan tabi'in sanggup keluar bermusafir semata2 untuk mencari ilmu walaupun hanya sepotong hadis - antaranya : Abu Ayyub Al-Ansari bermusafir dari Madinah ke Mesir (sape dah pernah pegi umrah tau la brp jauhnya w/pun of course la x sama kelajuan kapal terbang zaman skrg dgn unta di zaman dahulu), Said Bin Musayyab keluar ke Kufah, Iraq bertemu dgn Sya'bi untuk belajar satu hadith, ulama'2 seperti Imam Syafie, Ibnu Hanbal, Bukhari dan Muslim semuanya sanggup menempuh perjalan jauh yang memenatkan demi menuntut ilmu.

4/ Sya'bi berkata : "Sekiranya seorang pemuda bermusafir dari sejauh2 tempat di Syam ke sejauh2 tempat di Yaman (tgk peta klu nak tau jauh ke x) untuk mendengar kalimah hikmah, aku tidak melihat musafirnya adalah satu perkara yang sia2."

5/ Bukan sekadar kepenatan shj, seorang penuntut ilmu perlu mengosongkan hatinya dengan mengurangkan syaghalnya pada perkara keduniaan dan kehidupan yang terlalu bersosial.

6/ Ilmu itu tidak akan memberikan sebahangian darinya sehinggalah engkau memberikan segalanya kepadanya. Apabila engkau telah memberikan segalanya, maka ia akan memelihara engkau dari perkara yang membahayakan.

7/ Sesungguhnya kelazatan mengetahui perkara yang hakikat akan melupakan segala penat lelah dan dugaan dalam mendapatkannya.

8/ Akhirnya contohilah azam Nabi Musa untuk terus bersabar dalam usahanya mencari hikmah bersama Nabi Allah Khidhir ...

Moses said: "Thou wilt find me, if Allah so will, (truly) patient: nor shall I disobey thee in aught." (Al-Kahfi : 69)

Wallahu A'lam ...

1 comments:

Anakanda yang jauh diperantauan, teruskan belajar- tiada nokhtar dalam menuntut ilmu. Kami di tanah air mendoakan anda menjadi seorang Doktor Islam. Amin
 
Anonymous
Related Posts with Thumbnails