Malam tu kami beramai2 berkumpul di ruang tamu asrama untuk bersama2 bertakbir di malam raya selepas solat Isya'. Sunyi asrama malam itu. Kebanyakan pelajar Mesir yang lain pulang bercuti ke kampung halaman mereka. 3 pusingan kami bertakbir. Mungkin ada yang menitiskan air mata. Itu saya tak tahu. Tapi semua nampak sayu malam tu. Rata2 ini adalah pengalaman pertama kami beraya di perantauan, jauh dari keluarga di kampung halaman. Sekurang2 nya dengan bertakbir bersama dapat la mengurangkan sedikit kerinduan pada keluarga dan tanah air. Lebih2 lagi dengan alunan takbir Malaysia yang begitu nostalgic. Tak seperti di negara2 arab lain.
Usai takbir, saya memberitahu pada semua bahawa Solat Hari Raya pada esok hari akan dimulakan pada pukul 7 pagi. Maklumat yang saya dapat selepas bertanya pada pak cik yang menjaga asrama kami. Antara masjid yang terdekat dengan asrama adalah Masjid Hatim berdekatan dengan Zahran Mall. Sedikit sunat2 di hari raya diingatkan. Sebelum bersurai, kami bersalam2an dan berpelukan sesama kami sambil mengucapkan salam Aidilfitri. Walaupun kebanyakan dari kami baru berkenalan sebulan lebih, namun kehangatan ikatan persahabatan tetap terasa.
Aktiviti selepas itu adalah bebas. Ada yang memasak juadah raya kononnya. Ada yang bersiap2 gosok baju raya untuk esok. Ada juga yang telefon famili di Malaysia dengan wireless sesat yang tiba2 datang di malam raya. Seolah2 memahami perasaan kami yang ingin berhubung dengan orang tersayang. Tidak kurang juga yang mengupdate 'friendster' dengan ucapan raya kepada kawan2. Ada juga beberapa orang senior yang menjenguk kami di asrama malam tu.
* * * * *
Esok pagi selesai Subuh lebih kurang pukul 4 pagi, saya gosok baju raya untuk dipakai ketika solat raya nanti. Dalam hati, arab mesti pelik nanti tengok budak2 Msia pakai baju warna-warni pegi solat. Takpe la, setahun 2 kali je.
Lebih kurang pukul 6.15 pagi saya ajak beberapa orang untuk bergerak awal ke masjid. Sementara yang lain masih bersiap2 dan ada juga yang masih melayan tido selepas Subuh yang sangat syok. Mungkin masih awal.
Dari jauh sudah kedengaran gema takbir bersahut2an di antara masjid. Sampai di masjid, orang sudah mula ramai. Jalan2 sudah penuh dengan orang ramai yang duduk sambil bertakbir beralaskan tikar hijau. Tadika di bawah masjid juga dibuka untuk dijadikan ruang solat. Saya solat tahiyyatul masjid terlebih dahulu. Kemudian duduk untuk bertakbir bersama jema'ah yang lain. Bersemangat. Baru 2-3 kali bertakbir, imam sudah bangun dan mengumumkan solat raya akan didirikan. Sedikit taklimat diberi seperti biasa.
Para jema'ah sudah mula bangun dan meluruskan saf. Melihat jam di tangan,
" Baru pukul 6.30! "
(Kenangan raya pertama di perantauan - 1 Syawal 1428 H)




3 comments:
[^_^]
haha
Post a Comment