:: iLAiK...miNNi ::

~ Perkongsian dalam ukhuwwah .:. kekal dalam hasanah ~

Tuesday, August 03, 2010

.:. Soifi I : Jatuh Bangun .:.

Semalam saya sempat membawa serombongan jemaah umrah dari Malaysia untuk berjalan2 sekitar bumi Iskandariah. Tidak ada apa yang istimewa perjalanan kali ini. Hanya tempat2 yang biasa saya lawati. Dari Muntazah ke Qal'ah (Kubu) Qaitbay, ke maqam Nabi Danial dan Luqman Al-Hakim, Masjid Sayyid Mursi Abu Al-'Abbas dan Imam Busairi, ke maqam sahabat Nabi Abu Darda' (r) dan akhirnya ke Bibliotheca Alexandrina. Satu2 saya terangkan tentang serba sedikit sejarah tempat tersebut dan apa yang saya tahu.

Di akhir pertemuan saya katakan pada mereka bahawa kedatangan tetamu dari Malaysia sebenarnya memberi semangat baru kepada kami pelajar2 di perantauan. Tidak kiralah siapa sahaja. Mak ayah sendiri atau kawan2, saudara mara, pegawai kerajaan, rombongan haji umrah dll. Satu semangat untuk terus lebih bersungguh dalam kehidupan dan berbakti.

" Nor should the Believers all go forth together: if a contingent from every expedition remained behind, they could devote themselves to studies in religion, and admonish the people when they return to them,- that thus they (may learn) to guard themselves (against evil)." (At-Taubah : 122)

Akhirnya saya sempat berpesan setelah diminta oleh seorang sahabat. Puas berfikir apa pesanan yang sesuai untuk dikaitkan dengan perjalanan sehari di Iskandariah. Timbul satu idea. Saya katakan pada mereka, kalau dilihat antara 2 tempat yang telah dilawati - Qal'ah Qaitbay dan Bibliotheca Alexandrina, kedua2nya dibina hasil dari runtuhan sejarah.

Tapak asal Qal'ah adalah rumah api (Lighthouse) yang diiktiraf antara 'The 7 Wonders of The Ancient World'. Bertahun2 diserang dan dijajah akhirnya runtuh dan dibina kubu.



Idea asal Bibliotheca Alexandrina pula adalah untuk mengembalikan kegemilangan tamadun keilmuan di zaman Rom. Mungkin ibaratnya seperti Dar El Hikmah di zaman Abbasiyyah. Diserang, dijajah dan ditelan dek zaman. Kini muncul kembali.



Macam tu lah hidup. Bila kita diuji, jangan sekali mengalah. Jatuh sekejap bangunlah semula. Belajar dari ujian hidup untuk menjadi lebih matang dalam menentukan hala kehidupan. Biar akhirnya dunia mengenali usaha kita. Usaha dalam apa sahaja cabang dunia dan akhirat.

Ambil semangat dari Iskandariah ...

p/s 1 : seronok tgk kawan2 yg dh smp msia. selalu update pasal makanan2. pastu nnt ade la org yg x balek dtg komen. haha ;)

p/s 2 : baru tau maqam Nabi Danial dan Luqman Hakim x boleh masuk. ade bangunan sebelah masjid tu runtuh dan menutupi pintu masuk. sejak 3-4 bulan yg lalu.

p/s 3 : first time smp maqam sahabat Nabi, Abu Darda'. seorang periwayat hadis. beberapa minggu yg lepas ada terbaca sebuah hadis yang beliau riwayatkan dalam risalah Jihad oleh Imam Hasan Al-Banna.

On the authority of Abul-Dardaa’, who said: "The Messenger of Allah (PBUH) said: ‘The martyr will intercede on behalf of seventy of his family."(Transmitted by Abu Dawud)

p/s 4 : gear up for Ramadhan ...

2 comments:

MasyaALLAH..

suka post ni..
semoga terus manfaatkan masa di bumi mesir ni
senang2 kita jumpa nanti
 
oo..ek..baru tahu sejarah. patut ah cari rumah api yg femes tu x jumpa.

dan..pasal bibliotheca.. ya! setuju
 
Related Posts with Thumbnails