Sunday, May 24, 2009

.:. Practical Exam Microb .:.

Salam ... saje just nak share some Q's from my past microbiology practical exam yesterday. Boleh jd rujukan utk sape2 bile2 mase nnt. Soalannye lebih kurang la, x ingat the exact one. So, here they are ;



1/ identify



2/ a- identify
b- state 2 properties of it to be an ideal medium



3/ a- identify
b- give 2 organisms which have this property



4/ a- identify
b- mention 2 organisms which have this property



5/ a- identify
b- name the type of this medium



6/ interpret



7/ a- identify
b- state 2 diseases caused by this bacteria





8/ a- identify
b- state 2 diseases caused by this organism

Sape nak try boleh cube jawab ... k ;)

Ma'assalamah ...

Monday, May 18, 2009

.:. Humanity ... Anyone? .:.

Semalam ada sesuatu yang berlaku dan saya masih teringat2 peristiwa itu.

Petang tu saya keluar rumah lepas solat Asar. Keluar utk tolong kawan cari rumah sewa baru. Kami cari sekitar kawasan Camp Caesar dan Gama'ah sebelah pantai. Memang payah sebenarnya nak cari rumah waktu2 macam ni. Lebih2 lagi bila nak masuk summer yang officially bermula bulan 6. Harga rumah sewa semua akan naik 2-3 kali ganda. Tapi bukan itu concern saya kali ni.

Masa tgh tunggu simsar ni selesaikan urusannya sebelum kami dpt tgk rumah, kami lepak2 dulu kat 'ahwah (kedai kopi) depan mahattah tram Camp Caesar. Sambil2 tgh tunggu kami nampak sorang laki ni. Nak kata arab Mesir, macam lain sket muka die. Pakai baju I love NY. Ade gaya pelancong. Muka macam dah tua2 sket. Berjalan2 macam tanpa hala tuju. Pandang2 atas bawah kanan kiri depan belakang. Senang cite macam ada masalah la.


Ni la baju yang dia pakai

Dia tegur orang2 kat kedai kopi. Bagi salam. Sah, bukan orang arab Mesir sebab cara dia bagi salam macam typical Mat Salleh cuba2 cakap arab. Tapi lepas tu dia bagitau in english yang dia tak tahu cakap arab. Arab2 lain semua tak berapa nak layan dia sangat. Saya kesian mulanya tengok dia. Tapi bila nak tegur rasa macam malas & buang masa je.

Last2 saya tegur dia jugak. Tanya dia dari mana. Katanya dari Yugoslavia. Bila dia tau ada orang boleh cakap english terus dia bgtau yang dia ada masalah. Dia nak ke Mandarah tapi dompet dan segala dokumen peribadi dia dah hilang. Kene curi kat dalam bas katanya sambil tunjuk kat poket belakang jeansnya yang dh kosong. Atau mungkin hilang atas tram. Saya simpati mulanya. (Bayangkan anda di tempatnya ; keseorangan di negara orang, tanpa duit, passport dan id semua hilang) Kemudian kami sembang2 lagi. Katanya isteri dia orang Malaysia (lepas dia dapat tau yang kami orang Malaysia). Dia bgatu nama dia Huzin. Saya rasa Hussein. Dia muslim. Alhamdulillah katanya. Dia mintak kami LE 20 untuk naik teksi ke Mandarah. Sungguh2 dia mintak.

Saya serba salah sebenarnya. Nak bg ke tak. Saya skeptik sket. Skeptik dengan orang2 yang macam ni. Mungkin sebab takut kene tipu. Mungkin sebab dia mintak byk sgt. Macam2 lagi saya fikir. Kadang2 saya persoalkan jugak sejauhmana 'humanity' saya. Entah la. Akhirnya saya biar je dia. Dan teruskan urusan utk mencari rumah. Dah jalan jauh sket, macam2 perasaan datang. Kecewa, serba salah, kesian, simpati, menyesal dll.

Betul2 buat saya terfikir ... kenapa saya tak tolong je die. Apa la nasib dia skrg? ... Kalau jumpa dia kat mana2 insya Allah saya akan cuba tolong apa yang termampu. Harapnya dia sememangnya jujur. Inilah, bila sifat saling mempercayai sudah semakin hilang, bila nak buat benda baik pun fikir dua tiga kali. Hmm ... jgn jadi macam saya ok!

p/s : Mesir dah mula panas terik, alhamdulillah masjid pun dah start on aircond. So, xde alasan utk bermalas2an ke masjid solat berjema'ah ... Malaysia panas lagi rasanya ... ;p

Wednesday, May 13, 2009

.:. Biar Pening Dunia, Jangan Pening Akhirat .:.

Dulu bila sebut pasal tarbiyyah, ia adalah perkataan yg eksklusif. Tak semua orang boleh sebut, tak semua berani cakap. Nak sembang pasal tarbiyyah? Mungkin ia adalah topik pilihan terakhir yang nak disembang2kan. Tapi itu dulu, sekarang tidak lagi. Tarbiyyah sudah menjadi bualan harian orang. Bukan setakat orang2 atasan malah orang2 biasa pun mampu. 'Layman' orang kata. Ia benda yang hangat. Asal berjumpa akan sebut mengenainya. Bila nampak masalah akan nampak tarbiyyah sebagai penyelesaian. Adakah ini tandanya dakwah sudah memasuki fasa yang baru atau maju selangkah ke hadapan?

Secara peribadi, saya kagum dengan mereka yang sudah mula mengenali tarbiyyah. Mereka sebelum ni kalau kita tengok sekali lalu mungkin tak terbayang dalam fikiran kita akan bersedia untuk mentarbiyyah diri. Tarbiyyah yang mengubah peribadi. Saya suka kerana ia bersifat semulajadi. 'Natural' orang kata. Macam Khalid Al-Walid, macam Umar Al-Khattab, macam Abu Sufyan, macam ramai lagi sahabat yang sebelum ni hidup dalam kegelapan jahiliyyah. Bila hidayah datang menyapa, mereka berubah. Totally different. Hasil tarbiyyah dari murabbi agung Rasulullah s.a.w. Sebagai salah satu manifestasi kemanisan iman yang dirasai bilamana kita benci pada sesuatu keburukan terdahulu umpama benci (takut) jatuh pada api neraka. Sekali lagi saya kagum ...

Tarbiyyah itu sifatnya membina, bercambah, merubah, maju ke hadapan, intaj dan lain2 yang +++. Tarbiyyah itu detail, mendalam, daqiq, menyentuh hati, berkesan dan lain2 yang teliti. Tarbiyyah itu juga payah, remeh, perlu mujahadah, azam dan himmah yang tinggi dan lain2 yang mencabar. Tarbiyyah itu umpama seorang penternak ayam dalam menjaga ternakannya - ayam2 perlulah sihat2 sentiasa, dijaga dan dibelai selalu, diberi makan yang terbaik, dibersih rebannya sekali sekala, kalau perlu makanan organik akan diberikan ... sehingga sampai satu masa ia bersedia untuk dijual dan menghasilkan keuntungan atau disembelih untuk dinikmati dagingnya. Kalau ayam pun manusia sanggup bersusah payah untuk menjaganya ... apatah lagi perlunya kita bersusah payah untuk menjaga manusia di sekeliling kita. Apalah nilai 'ayam' tersebut dibandingkan dengan ummat manusia ini?

Sebab itu terkadang pening. Pening memikirkan masalah orang sekeliling. Ini bahasa saya di sekolah dulu. Kalau tgk muka berkerut sket maknanya tengah pk masalah ummat lah tu ... agaknye lah. Biar kita pening dengan perkara yang sepatutnya pening, tak perlu pening2 dengan benda yang tak patut dipeningkan ... hah, kan dah pening! Peninglah pk masalah kawan yang tak solat pada waktunya, peninglah pk masalah kawan yang berhabuk qur'annya dalam almari, peninglah pk masalah kawan yang x semangat nak studi, peninglah pk masalah kawan yang ikhtilat. Itu mungkin lebih baik utk kita peningkan.

"Mereka yang bergaul dengan manusia dan bersabar dengan apa yang menimpa mereka lebih baik dari mereka yang tidak bergaul dgn manusia dan tidak mampu bersabar atas apa yang menimpa mereka."

Biar pening di dunia, jangan pening di akhirat ... ;p

p/s : sori, a boring topic actually ... but a must to convey it. For a better understanding, moga ada manfa'at ... insya Allah biiznillah!



Sunday, May 03, 2009

.:. Warm Wishes .:.

Today is the 3rd of May ... I should wish a couple of important person in my life. First goes to my brother ; Usamah for his anniversary 24th birthday (we're getting older rite!) and the second goes to my another brother ; Ameen a.k.a. Along and Kak Long for their anniversary. As for Usamah - may Allah bless your life and 'semoga bertambah amalan seiring usia'. To Along and Kak Long - wishing both of you all the good things in life and may the love that you share grows deeper with each passing years ... towards Muslim society (mujtamaa' Muslim) one day insya Allah.


during his convo at Uniti ... weeks before I fly to Egypt ;)


Nafeesa was sleeping I think ... sweet2 happy family ;)

Not to be forgotten - eid milad also to one of my best friend and brothers in Islam ... akhi Izzudin at Mansurah who share the same important date and is now striving for 'mumtaz' in his final exam starting next week. May excellent-ness be with you and all ikhwah ... ameen ya Rabb!

... and a holiday for me today ... yaiy!

Thank you for reading ... ;p