Related Posts with Thumbnails

Sunday, April 26, 2009

.:. Saya Belajar .:.



"Basyir, please tell all ur friends that tonight we'll have a meeting with Dr Ukasyah.", pesan Madam Sanaa' pada saya di suatu petang. Bunyi macam penting. Saya sampaikan pesan Madam Sanaa' atau lebih tepatnya Mama Sanaa' pada semua. Dr Ukasyah adalah Vice President universiti kami bahagian student's affair ...

Pening ...

Bingung ...

Rungsing ....

Ni mesti pasal masalah kt asrama la ni ... ptg tu jugak Abg Farouk ada telefon cakap benda yg sama. Dengan tambahan kononnya MARA dh mengamuk dan mual dengan masalah2 kt asrama. Mahu pihak U selesaikan dengan segera. "Ok ... ada tanda baik", bisik saya.

Malam tu kami berkumpul di kantin selepas Isya'. Kantin yang telah sedikit dihias utk menyambut Vice President sorg ni. Kami yang dah ready dengan pelbagai aduan setia menunggu bersama2 mak cik Azizah, mama kami di asrama (berapa banyak mama kami?) atau tukang masak kami yang setia. Selepas lebih kurg setengah jam beliau sampai.

Berdebar2 semua ... maklumlah jumpa orang no 2 Universiti. Student arab pun payah nak jumpa dia katanya.

Saya bangun. Cakap satu persatu apa masalah kami di asrama yang perlu diselesaikan. Mengikut keutamaan. Saya pun agak kaku pula bila nak bercakap dengan orang besar ni. Rasa tak yakin pun ada. Abg Farouk berusaha utk translate apa2 yang perlu. Zaid pun ada jugak. Turun padang sebagai pengerusi. Kemudian kami dengar apa penjelasannya.

Bosan ...

Mual ...

Loya ...

Hampa ...

Tanya lagi yang lain apa masalah lagi ... semua dah malas nak cakap. Bukan apa, nampak macam tak akan ada jalan penyelesaian. Mencurah air di daun keladi gamaknya.

Senyap ...

Sunyi ...

Tiba-tiba ... di waktu Dr Ukasyah ni nak berangkat pergi, bangkit lah seseorang ...

" ... hmm ... Dr, how about the internet connection that was said will be provided to us? ... ", tanya dia dengan jelas tanpa berlapik2 lagi. Tanda penantian kami yang telah sekian lama menunggu dan berharap.

Seketika itu juga Dr Ukasyah berbisik dengan pembantu beliau di sisi dan Mama Sanaa' terus membuat pengumuman - esok juga kamu akan dapat internet! ... haha, semua orang mula berusaha mengukir senyuman paksa rela setelah bermuram durja. Walaupun tahu 'bukrah' yang dimaksudkan bukanlah seerti dengan 'tomorrow' realitinya.

Seperti yang dijangka ... of course bukanlah esoknya juga kami dapat internet tu. Mere literal. Mungkin ia sekadar metaphor dalam masa terdekat. Namun bukan itu isunya ... yang penting saya belajar sesuatu dari kawan saya itu. Terima kasih saudara.



Kenangan di asrama Madinah El-Gama3iyyah
Samouha
2008

Saturday, April 18, 2009

.:. Ikut Jejaknya .:.

Salam ...

Utk anda Alexandrians @ Iskandarani (not literally ... of course I mean Malaysians at Alex) khususnya dan semua umumnya. Sekadar perkongsian di celah masing2 sibuk menge'BOOM'kan diri. Ambil kesempatan sempena ulang tahun pemergian seorang tokoh yang boleh kita ambil pengajaran dari kehidupannya. Contoh yang dekat, peribadi yang pernah melalui apa yang kita lalui sekarang. Di tempat yang sama, madah yang sama, bidang yang sama, cita-cita yang sama. Malah kita sekarang menjejaki langkah2 nya di Universiti suatu hari dulu. Beliau adalah Dr Abdul Aziz Ar-Rantissi.

Saya perasan dan yakin bukan beliau seorang sahaja ummat Islam Palestin yang berkesempatan belajar di Universiti kita. Hatta saya pernah nampak 'sticker' gambar seorang pemuda yang telah syahid juga di Palestin dan tertulis keterangan di bawahnya bahawa beliau adalah salah seorang pelajar di Fakulti Perubatan Universiti Iskandariah. Di bangunan akademik kalau saya tidak silap. Walaupun mungkin kita tak berkesempatan utk bergaul sangat dengan pelajar2 Arab di sini samada Mesir atau Palestin dll, namun ibrah dan pengajaran dari golongan yang telah terdahulu boleh kita rasakan.

Di situasi beliau, jihad adalah jalannya. Namun apa yang boleh kita praktikkan adalah semua orang mempunyai peranan masing2 dalam kehidupannya. Peranan utk mengembalikan Islam pada tempatnya yang tertinggi. Menjadi doktor atau jurutera, pelajar perubatan atau pelajar syariah bukanlah alasan yang boleh direka2 utk berdiam diri. Masing2 kita memegang sudut2 dalam Islam dan peliharalah bahagian kita dengan sebaiknya.

Saya kongsikan di sini artikel mengenai kehidupan beliau dan semoga menjadi penguat semangat dan penyemat tekad dan azam utk berbakti pada agama.


Juga boleh membuat rujukan di sini. Selebihnya rajin2 lah menggunakan khidmat Encik Google dan Saudara Yahoo mahupun Brother Youtube atau Ikhwan Tube.

"It's death whether by killing or by cancer; it's the same thing. Nothing will change if it's an Apache (helicopter) or cardiac arrest. But I prefer to be killed by an Apache."

Terima kasih ... ;)

Tuesday, April 07, 2009

.:. Cacing2 dan Ulat2 .:.

Salam ...

Subjek Parasitology baru mula. Belajar pasal makhluk2 Allah yang 'comel' lagi 'menarik' tapi penuh dengan bahaya2 yang tersembunyi di sebaliknya. Mula2 dgr Prof Dr Maha Eissa (bunyi mcm Maha Esa ... hehe) sebut nama2 makhluk ni kat kelas ... ya Allah, pelik2 sungguh bunyinye. Nasib baik Prof ni ajar best, katanya study para ni senang je sebab kebanyakan species2 ulat dan cacing ni ada persamaan secara generalnya ... tinggal nak studi exceptions je pada spesies2 tertentu. Semangat sket ... haha. Macam sekarang tgh studi bahagian helminths > platyhelminthes > trematodes. Student2 arab kata dia belajar 6 jenis je trematodes tapi kitorg tambah lagi 3 trematodes yg common kt far east (bukan kump nasyid tu) countries mcm Malaysia. Takpe la ye ... utk masa depan. Yang x leh bla ade plak nnt blaja pasal siput2 (snails) ... haha. Haidar mesti suka ni ... ;) Actually tgh planning nak buat nota pasal trematodes ni yang mudah and applicable ... buat dlm bentuk jadual yg senang. Harap2 dpt siapkan, I'll share with everyone bile dh siap nnt insya Allah.

Ok, next week dh mid term exam utk blok Respiratory System ni ... katanya mungkin tangguh beberapa hari. Bagus la klu mcm tu sebab ade assignment yg perlu dibentang mggu dpn ~ Physiology.

Malam ni akan bagi taklimat pada juniors di Asrama MARA utk etika mencari rumah. Harap2 majlis berjalan lancar dan tak ambik masa yang lama. (Bdk2 ni mesti nk tgk bola malam ni kan ... ?) Siapkan direktori perumahan lagi sket - edit2, cetak utk setiap rumah dll. Then boleh concentrate utk exam mggu dpn. Oh ye, kalau ade bdk2 medic Alex yang singgah sini boleh la bagi sebarang komen, kritikan, nasihat, cadangan dan ape2 yg sewaktu dengannya bagi unit Perumahan ni.

Wallahu musta'an ... ameen ya Rabb!

Thursday, April 02, 2009

.:. Alhamdulillah 'ala Kulli Ni'am .:.

Salam ...

Saya rasa Allah masih sayangkan kita ... dan Dia akan tetap selamanya kasihkan kita. Kerana itu memang dari asma'Nya iaitu Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Saya sayangkan tarbiyyah ini ... yang banyak mengajar saya menjadi insan Rabbani. Setidak-tidaknya berusaha ke arah itu. Namun bila ada konflik atau kontroversi yang melanda, saya rasa itu tanda Allah masih pedulikan kita ... dan Dia akan tetap selamanya. Peduli supaya kita semua masing-masing berusaha ... dengan cara yang masing-masing selesa ... asalkan tidak menyalahi syara' dan ikhlas tentunya supaya amal diterima. Ada yang pernah berpesan pada saya supaya menghadapi sesuatu isu one at a time ataupun base on that particular issue ... not mixed up with others. Itu namanya professionalism. Tapi tak semudah it kerana kita manusia Allah jadikan ade bisikan2 yang selalu datang, ada lintasan2 yang selalu mencelah di hati, ada sangkaan2 yang suka menjustifikasi ... namun Allah kan dah pesan supaya menjauhi sebarang prasangka kerana sebahagiannya adlah dosa ... cume kita je yg selalu buat assumption pd seseorang atau sesuatu isu.

Saya masih ingat ade seorang yang saya hormati berpesan juga supaya jadi seorang yang relevan di masa hadapan. Katanya mungkin dia sudah tidak lagi relevan utk generasi hadapan kerana jarak masa yang semakin menjauh. Dan kita generasi sekarang lah yang perlu merelevensi (perkataan ini hanya rekaan) kan diri kita. Untuk maslahat dakwah dan tarbiyyah. Itu semua terpulang pada kelebihan masing-masing. Semua orang beramal. Bukan sekarang masanya utk membanding amal kita qawiy berbanding org lain. But once you dh pilih jalan ni ... kenalah yakinkan diri utk teruskan, tajarrud dan intima'. Biar hasilnya Allah tentukan. Semua kita berijtihad ... sebab rufi'atil aqlam wa juffatis suhuf ... pena telah diangkat, dakwat telah kering. Tiada lagi wahyu yang akan turun kpd Rasulullah. Tidak ada Al-Qur'an edisi khas abad 22.

Renung2kan lah ... terutamanya yang nk dtg Mesir in the future esp my juniors @ Hira'.

* * * * *

> My 6th anak buah - Amna Rayyan selamat lahir ke dunia 22 Mac lepas.


Amna Rayyan binti Muhammad Firdaus ~ senyum die ... xleh bla!

Ni Haneen Athirah (my 5th anak buah) ... anak abg Hamzah, lahir bln 11 yg lepas

> Mggu lepas ziarah sahabat Arab Mesir kt kampung die di Buhairah, dekat dgn Damanhur.


Bersama family Dr Shouhdi (thn 6 medic) di Dalanggat, Buhairah ... I'm one of the family they said ~ the Ghazala

> Juma'at ni 3 April bait muslim akhi Qamarul dan ukhti Khairah di ARMA.

> Beberapa tanggungjawab persatuan perlu dilaksanakan ... mohon dimudahkan dan diberkati segala urusan ... ameen ya Rabb.

> Also as a student ...

thanx for reading ... wassalam