Baru selesai exam praktikal Pathology pagi td, think I did just well. Alhamdulillah overall Allah mudahkan, at least ada keyakinan time jawab tadi. This time bukan nak cite soalan ape yg keluar tp just nak refleksi sket masa tgh ulangkaji atlas Patho especially Histopathology sejak beberapa hari yang lepas.
Bende ni selalu terngiang2 dan terfikir masa tgh ulangkaji. Sebab bila belajar patho ni bila nak diagnose kene tgk specimen either microscopically atau grossly. Bile dah tgk, kene tau mcm mane bentuk normal tissue dan macam mana pulak kalau x normal. So, here comes the interesting part that I really like to share. Betapa Allah jadikan setiap perkara ada hikmah yang perlu difikirkan.
Generally, badan kita bila berlaku sesuatu yang tidak normal (jangkitan, x cukup oksigen, luka2 et al) akan melakukan tindak balas samada nak pulihkan balik kondisi badan ataupun cuba nak cope dengan apa yang dihadapi (demam, radang et al) Maka disinilah kita akan melihat perbezaan antara yang normal dan tidak normal, antara yang sihat dan sakit, antara yang FITRAH dan SONGSANG. Seolah2 ibaratnya badan cuba menghantar signal, amaran, petanda bahawa badan sedang mengalami sesuatu yang di luar kebiasaan. Dan kita secara normalnya akan cuba meredakan sebarang kesakitan yang dialami. Ye la, siapa yang suka sakit2 ni kan ... nak belajar, buat ibadat pun x berapa nak selesa.
Begitulah juga kehidupan kita. Raja yang mengawal ruh kita adalah HATI. Hati ni bukan lah 'hati' organ dalam badan kita, bukan juga 'kibdah' Iskandarani yang sedap dimakan tu. Hati @ el-qalb ni pun sebenarnya mempunyai peranan yang besar dalam hidup kita. Bila hidup kita tidak selari dgn fitrah kejadian sebagai seorang hamba (buat maksiat, tinggal solat, x baca qur'an, x jaga mata et al), maka hati ini akan cuba bertindakbalas. Menyatakan bahawa hidup ini sudah tidak syarie lagi, sudah lari dari fitrah seorang muslim, sudah menyimpang dari tujuan asal penciptaan. Ini realiti. Kita sendiri dapat merasainya. Seolah2 hati cuba memberi isyarat dan amaran. Dalam bentuk apa? Cuba kita tgk apa yang Rasulullah pernah sebut ;
Dari Nawwas bin Sam’an radhiallahuanhu, dari Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam beliau bersabda : “Kebaikan adalah akhlak yang baik, dan dosa adalah apa yang terasa mengaggu jiwamu dan engkau tidak suka jika diketahui manusia “
(Riwayat Muslim)
Dan dari Wabishah bin Ma’bad radhiallahuanhu dia berkata : Saya mendatangi Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam, lalu beliau bersabda : Engkau datang untuk menanyakan kebaikan ?, saya menjwab : Ya. Beliau bersabda : Mintalah pendapat dari hatimu, kebaikan adalah apa yang jiwa dan hati tenang karenanya, dan dosa adalah apa yang terasa mengganggu jiwa dan menimbulkan keragu-raguan dalam dada, meskipun orang-orang memberi fatwa kepadamu dan mereka membenarkannya.
(Hadits hasan kami riwayatkan dari dua musnad Imam Ahmad bin Hanbal dan Ad Darimi dengan sanad yang hasan)
See? ... tinggal kita je nak terima atau tidak isyarat2 ni. Isyarat2 yang berguna supaya kita tidak terus lalai dan leka dengan hidup ni.Lg satu kalau perhatikan tissue2 yg normal dan tidak normal akan nampak perbezaan yang ketara. Klu yang normal tu cantik molek je, klu abnormal akan nampak la keserabutan di sana sini, x cantik, haru biru. Macam tu la umpamanya hati kita bila bergelumang dengan maksiat. Na'uzubillah ...

kan buruk kalau badan kita berpenyakit (kiri x normal ~ Metastatic Adenocarcinoma of Liver, kanan normal tissue) ... macam tu lah jugak 'hati' kita
* * * * *
0806 - Majlis buka puasa di rumah dan celebrate miji's and mine birthday with batchmate ... makan sate bakar atas 'sutuh' (rooftop)
1206 - Reunion Shahputra pre-Medic 2nd batch @ pantai Shatby, Majlis solat Hajat di asMARA
1806 - Solat Hajat di asMARA lagi, tgk Mesir menang 1-0 lwn Italy dgn 'ammu kt tepi jalan ... dpt 7-up free ;)
2006 - Practical Exam Parasitology
2206 - Practical Exam Histology
2306 - Practical Exam Biochemistry
2406 - Practical Exam Anatomy
2506 - Ke Kaherah, majlis akad nikah akhi Zaizul Irsyadi di ARMA
2706 - Practical Exam Pathology
2806 - Solat Hajat lagi di 'Rumah Kite Semua' bersama batchmate dan makan2
0207 - Exam Written Biochemistry
0507 - Exam Written Parasitology
0707 - Exam Written Histology
0907 - Exam Written Microbiology
1207 - Exam Written Anatomy
1407 - Exam Written Pharmacology
1607 - Exam Written Physiology
1907 - Exam Written Pathology
2107 - Exam Written PBL and Ethics
After exam - umrah fi Baitillahil Haram
somewhere around August - home sweet home! ;)







4 comments:
kalau ikut fitrah asal, smua jadi smooth.
keluar dari fitrah, binasa.
post yg sgt terbaik.
=D>
salam..
alhamdulillah kite sume dikurniakan bdan yg shat n otak yg cergas...
jgnlah kita berlaku zalim ke ats sgala pmberian illahi kpada kite...
hrgai sume yg ada...
best la entri ni..^_^
wahhhh...
gudluck then^^
masya Allah..
tak pernah terfikir akan perkara ni..
teruskan menulis..
Post a Comment