Related Posts with Thumbnails

Wednesday, May 13, 2009

.:. Biar Pening Dunia, Jangan Pening Akhirat .:.

Dulu bila sebut pasal tarbiyyah, ia adalah perkataan yg eksklusif. Tak semua orang boleh sebut, tak semua berani cakap. Nak sembang pasal tarbiyyah? Mungkin ia adalah topik pilihan terakhir yang nak disembang2kan. Tapi itu dulu, sekarang tidak lagi. Tarbiyyah sudah menjadi bualan harian orang. Bukan setakat orang2 atasan malah orang2 biasa pun mampu. 'Layman' orang kata. Ia benda yang hangat. Asal berjumpa akan sebut mengenainya. Bila nampak masalah akan nampak tarbiyyah sebagai penyelesaian. Adakah ini tandanya dakwah sudah memasuki fasa yang baru atau maju selangkah ke hadapan?

Secara peribadi, saya kagum dengan mereka yang sudah mula mengenali tarbiyyah. Mereka sebelum ni kalau kita tengok sekali lalu mungkin tak terbayang dalam fikiran kita akan bersedia untuk mentarbiyyah diri. Tarbiyyah yang mengubah peribadi. Saya suka kerana ia bersifat semulajadi. 'Natural' orang kata. Macam Khalid Al-Walid, macam Umar Al-Khattab, macam Abu Sufyan, macam ramai lagi sahabat yang sebelum ni hidup dalam kegelapan jahiliyyah. Bila hidayah datang menyapa, mereka berubah. Totally different. Hasil tarbiyyah dari murabbi agung Rasulullah s.a.w. Sebagai salah satu manifestasi kemanisan iman yang dirasai bilamana kita benci pada sesuatu keburukan terdahulu umpama benci (takut) jatuh pada api neraka. Sekali lagi saya kagum ...

Tarbiyyah itu sifatnya membina, bercambah, merubah, maju ke hadapan, intaj dan lain2 yang +++. Tarbiyyah itu detail, mendalam, daqiq, menyentuh hati, berkesan dan lain2 yang teliti. Tarbiyyah itu juga payah, remeh, perlu mujahadah, azam dan himmah yang tinggi dan lain2 yang mencabar. Tarbiyyah itu umpama seorang penternak ayam dalam menjaga ternakannya - ayam2 perlulah sihat2 sentiasa, dijaga dan dibelai selalu, diberi makan yang terbaik, dibersih rebannya sekali sekala, kalau perlu makanan organik akan diberikan ... sehingga sampai satu masa ia bersedia untuk dijual dan menghasilkan keuntungan atau disembelih untuk dinikmati dagingnya. Kalau ayam pun manusia sanggup bersusah payah untuk menjaganya ... apatah lagi perlunya kita bersusah payah untuk menjaga manusia di sekeliling kita. Apalah nilai 'ayam' tersebut dibandingkan dengan ummat manusia ini?

Sebab itu terkadang pening. Pening memikirkan masalah orang sekeliling. Ini bahasa saya di sekolah dulu. Kalau tgk muka berkerut sket maknanya tengah pk masalah ummat lah tu ... agaknye lah. Biar kita pening dengan perkara yang sepatutnya pening, tak perlu pening2 dengan benda yang tak patut dipeningkan ... hah, kan dah pening! Peninglah pk masalah kawan yang tak solat pada waktunya, peninglah pk masalah kawan yang berhabuk qur'annya dalam almari, peninglah pk masalah kawan yang x semangat nak studi, peninglah pk masalah kawan yang ikhtilat. Itu mungkin lebih baik utk kita peningkan.

"Mereka yang bergaul dengan manusia dan bersabar dengan apa yang menimpa mereka lebih baik dari mereka yang tidak bergaul dgn manusia dan tidak mampu bersabar atas apa yang menimpa mereka."

Biar pening di dunia, jangan pening di akhirat ... ;p

p/s : sori, a boring topic actually ... but a must to convey it. For a better understanding, moga ada manfa'at ... insya Allah biiznillah!



2 comments:

Anonymous said...
This post has been removed by a blog administrator.
harumankasturi88 said...

satu perkongsian yang memang memeningkan tp InsyaALLAH memberi pengajaran kepada para pmbaca. Marika kita sama2 mengejar Akhir yang penuh kenikmatan itu tanpa mengabaikan dunia yang sementara ini dan hayat dunia yang memeningkan kesemua urusan..
Wallahu 'alam
BaarakALLAHu fika.. :)