Related Posts with Thumbnails

Sunday, April 26, 2009

.:. Saya Belajar .:.



"Basyir, please tell all ur friends that tonight we'll have a meeting with Dr Ukasyah.", pesan Madam Sanaa' pada saya di suatu petang. Bunyi macam penting. Saya sampaikan pesan Madam Sanaa' atau lebih tepatnya Mama Sanaa' pada semua. Dr Ukasyah adalah Vice President universiti kami bahagian student's affair ...

Pening ...

Bingung ...

Rungsing ....

Ni mesti pasal masalah kt asrama la ni ... ptg tu jugak Abg Farouk ada telefon cakap benda yg sama. Dengan tambahan kononnya MARA dh mengamuk dan mual dengan masalah2 kt asrama. Mahu pihak U selesaikan dengan segera. "Ok ... ada tanda baik", bisik saya.

Malam tu kami berkumpul di kantin selepas Isya'. Kantin yang telah sedikit dihias utk menyambut Vice President sorg ni. Kami yang dah ready dengan pelbagai aduan setia menunggu bersama2 mak cik Azizah, mama kami di asrama (berapa banyak mama kami?) atau tukang masak kami yang setia. Selepas lebih kurg setengah jam beliau sampai.

Berdebar2 semua ... maklumlah jumpa orang no 2 Universiti. Student arab pun payah nak jumpa dia katanya.

Saya bangun. Cakap satu persatu apa masalah kami di asrama yang perlu diselesaikan. Mengikut keutamaan. Saya pun agak kaku pula bila nak bercakap dengan orang besar ni. Rasa tak yakin pun ada. Abg Farouk berusaha utk translate apa2 yang perlu. Zaid pun ada jugak. Turun padang sebagai pengerusi. Kemudian kami dengar apa penjelasannya.

Bosan ...

Mual ...

Loya ...

Hampa ...

Tanya lagi yang lain apa masalah lagi ... semua dah malas nak cakap. Bukan apa, nampak macam tak akan ada jalan penyelesaian. Mencurah air di daun keladi gamaknya.

Senyap ...

Sunyi ...

Tiba-tiba ... di waktu Dr Ukasyah ni nak berangkat pergi, bangkit lah seseorang ...

" ... hmm ... Dr, how about the internet connection that was said will be provided to us? ... ", tanya dia dengan jelas tanpa berlapik2 lagi. Tanda penantian kami yang telah sekian lama menunggu dan berharap.

Seketika itu juga Dr Ukasyah berbisik dengan pembantu beliau di sisi dan Mama Sanaa' terus membuat pengumuman - esok juga kamu akan dapat internet! ... haha, semua orang mula berusaha mengukir senyuman paksa rela setelah bermuram durja. Walaupun tahu 'bukrah' yang dimaksudkan bukanlah seerti dengan 'tomorrow' realitinya.

Seperti yang dijangka ... of course bukanlah esoknya juga kami dapat internet tu. Mere literal. Mungkin ia sekadar metaphor dalam masa terdekat. Namun bukan itu isunya ... yang penting saya belajar sesuatu dari kawan saya itu. Terima kasih saudara.



Kenangan di asrama Madinah El-Gama3iyyah
Samouha
2008

3 comments:

Alexumar said...

huhu . rebel ramai2 nmpk .

style tulis baru

internet free? nk skit

Basyir K. said...

cite lama, selak balik kenangan lalu ... haha

testing2 aja ...

mane ade bende free skrg mar, klulah indon + mesir itu umpama shah alam + klang ... nescaya akan ku kongsi apa yg termampu ... ahaks! ;)

--kucIngbUngE-- said...

wa..mama sana'..lame x jmpe dye..
klu x dlu,tiap2 ari dye bg free hug..huhu [rindu kott]

hmm..kiter[2nd yr] slalu dapat jmpe vice dean,kan? :p

[cam knal je student card kt rak tu]