Saturday, April 18, 2009

.:. Ikut Jejaknya .:.

Salam ...

Utk anda Alexandrians @ Iskandarani (not literally ... of course I mean Malaysians at Alex) khususnya dan semua umumnya. Sekadar perkongsian di celah masing2 sibuk menge'BOOM'kan diri. Ambil kesempatan sempena ulang tahun pemergian seorang tokoh yang boleh kita ambil pengajaran dari kehidupannya. Contoh yang dekat, peribadi yang pernah melalui apa yang kita lalui sekarang. Di tempat yang sama, madah yang sama, bidang yang sama, cita-cita yang sama. Malah kita sekarang menjejaki langkah2 nya di Universiti suatu hari dulu. Beliau adalah Dr Abdul Aziz Ar-Rantissi.

Saya perasan dan yakin bukan beliau seorang sahaja ummat Islam Palestin yang berkesempatan belajar di Universiti kita. Hatta saya pernah nampak 'sticker' gambar seorang pemuda yang telah syahid juga di Palestin dan tertulis keterangan di bawahnya bahawa beliau adalah salah seorang pelajar di Fakulti Perubatan Universiti Iskandariah. Di bangunan akademik kalau saya tidak silap. Walaupun mungkin kita tak berkesempatan utk bergaul sangat dengan pelajar2 Arab di sini samada Mesir atau Palestin dll, namun ibrah dan pengajaran dari golongan yang telah terdahulu boleh kita rasakan.

Di situasi beliau, jihad adalah jalannya. Namun apa yang boleh kita praktikkan adalah semua orang mempunyai peranan masing2 dalam kehidupannya. Peranan utk mengembalikan Islam pada tempatnya yang tertinggi. Menjadi doktor atau jurutera, pelajar perubatan atau pelajar syariah bukanlah alasan yang boleh direka2 utk berdiam diri. Masing2 kita memegang sudut2 dalam Islam dan peliharalah bahagian kita dengan sebaiknya.

Saya kongsikan di sini artikel mengenai kehidupan beliau dan semoga menjadi penguat semangat dan penyemat tekad dan azam utk berbakti pada agama.


Juga boleh membuat rujukan di sini. Selebihnya rajin2 lah menggunakan khidmat Encik Google dan Saudara Yahoo mahupun Brother Youtube atau Ikhwan Tube.

"It's death whether by killing or by cancer; it's the same thing. Nothing will change if it's an Apache (helicopter) or cardiac arrest. But I prefer to be killed by an Apache."

Terima kasih ... ;)

1 comments:

abuhamzah said...

Firman Allah s.w.t : "Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun." (Surah Al-Ahzab :23)