Related Posts with Thumbnails

Sunday, February 01, 2009

.:. Kenapa Tiada Respons ? .:.

Salam ...

Entah kenapa tangan ni gatal pula nak menulis sesuatu. Memang sindrom rajin menulis masa imtihan semakin hampir adalah semulajadi. Sebabnya mungkin bila dh banyak baca buku, ilmu bertubi2 masuk dlm kepala otak, akal pun tak henti2 berfikir ... akhirnya timbullah idea utk menulis. Sekoda je, hanya lintasan atau khatirah semata ... ;)

Communication Skills

Sebenarnye teringat tahun lepas masa belajar Community Medicine, ada satu topik ni bincang pasal Communication. Bagaimana nak memastikan komunikasi kita berkesan, mendapat perhatian, skill2 dan sebagainya. Kalau kita tgk kominukasi yg efektif ni ada 4 elemen utama ; sender (org yg cube htr msj), receiver (sasaran utk dihantar msj), information (maklumat dlm msj yg nk dismpikan) & response (tindak balas dr sasaran kita). Bila ada ke4-4 elemen ni baru la sesuatu komunikasi itu dikira berkesan. Maknanya klu komunikasi itu xde information yg disampaikan maknanya x efektif la komunikasi tu. Begitu juga kalau tiada response makanya tidak berlakulah juga komunikasi yg efektif tu. So, kita fokus pada response sekarang.



Kenapa tiada respons?

Masalahnya mungkin pada 3 elemen yg lain iatu sender, receiver & information. Mungkin sender tidak berkomunikasi dgn cara yg baik sperti tidak memandang pada receivernye, cakap x bukak mulut, cakap laju etc. Atau mungkin juga sebabnye pd receiver yang x memberi perhatian, x menunjukkan minat, pengetahuan yg sedikit dsb. Juga mungkin pada informasi yg disampaikan tidak bersesuaian, tidak tersusun, tidak fokus dll. Tapi ini kesimpulan biasa.

Mari lihat pada sudut yg lebih besar ...

Bagi seorang daie yang tugas utamanya adalah menyampaikan, maka nak tak nak skill komunikasi perlu ditekankan. Kita melihat masalah risalah yg tidak smp pada mad'u kemungkinan utama sebabnya adalah pada diri daie. orang yg hendak menyampaikan perlu merancang penyampaiannya. Dari sudut peribadinya ; dia perlulah seorang yang yakin pada apa yg nak disampaikan, seorang yg bikin ape yg dicakapkan juga seorang yg mengkaji apa yg hendak disampaikan.

Dia juga perlu menilai sasaran penyampaiannya dan sesuaikan pada cara penyampaian. Berkomunikasi dgn org tua sudah tentu berbeza dgn anak muda, org yg tiada latar belakang tarbiyyah dgn yg sebaliknya, org yg in denial state dgn org yg terbuka ... semuanya berbeza dan perlu penilaian awal dari daie.

Informasi juga perlu disampaikan dgn cara yg kreatif. Wasilah dipelbagaikan. Tersusun, bertadarruj (step by step) sudah semestinya. Semua ini meningkatkan lagi peluang supaya adanya response yang diharapkan dari receiver kita.

Contohnya ; bagaimana nak menyeru sahabat utk boikot barangan Israel, US dan sekutunya? Sender perlu kaji apa yg hendak disampaikan dulu ; sumber yang sahih utk barangan2 yg sememangnya layak utk diboikot kerana menyumbangkan dana pada US, Israel dan sekutunya. Juga kaji latar belakang sahabat tu ; mungkin dia sebelum ni memang biasa makan KFC seminggu sekali, kalau x makan akan gastrik seminggu. So, nak tinggal tu bukan satu benda yg mudah baginya. Akhirnya cara penyampaian pun perlu la kreatif dan kene pada isu akarnya. Mungkin sahabat tu masih belum rasa hubungan seakidahnya dgn saudara2 di Palestin, masakan dia hendak boikot pula. Misy ma'ul kedah ya 'aam!

Ade 2 kesimpulan akhirnya ...

Response itu adalah apa yg diharapkan dari sebuah penyampaian samada response dari sudut amali atau pemahaman dan itu adalah antara elemen utama sbg bukti apa yg disampaikan adalah berkesan. Namun kita perlu juga melihat sebagai sesatu yg dikatakan natijah, ia terpulang pada Allah utk memberikan hidayah. Cepat atau lambat, berjaya atau tidak itu bukan tumpuan utama kita tapi adalah kerja Allah. Tanggungjawab kita adalah menyampaikan. Ada wasatiyyah antara keduanya. Wakhid balak! (ambil perhatian ye!)

Gracias!

p/s : Owh, sebelum terlupa, jangan ingat komunikasi itu pada percakapan shj. Tulisan, body language, gesture, lukisan, gambar juga satu komunikasi. Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan pun cuba menyampaikan dgn caranya. Jom tengok satu contoh bagaimana informasi itu cuba disampaikan.


1 comments:

thaaqhib said...

syer..ana stuju.
ana pegang pada prinsip
"no matter what u say, the one that counted is what understood"

erm..copy paste ek