Salam 'alaikum w.b.t. ...
Pagi tadi saya memilih untuk berjogging di tepi pantai instead of bermain bola bersama kawan2 yang lain di padang Kuliyyah Handasah (Engineer). Saja nak buat kelainan sikit kali ni. Main bola dah selalu rasanya kat Kaherah haritu. Untuk tidak memastikan jogging saya tidak kosong dari aspek rohani, maka saya berniat dari awal untuk mengambil sebanyak mungkin istifadah yang boleh saya perolehi sepanjang perjalanan. Maka dengan pakaian sukan yang sesuai, sedikit duit, handphone dan mp3 saya memulakan perjalanan. Niat utama saya adalah ~ "Inna libadanika 'alaika haqqa, fa'ti kulla zi haqqin haqqahu." @ "Sesungguhnya bagimu ada tanggungjawab ke atas badanmu, maka tunaikanlah tanggungjawab bagi segala empunya hak." Dari Cleopatra (rumah saya), saya bercadang untuk berjogging sehingga ke Kubri Stanley (Jambatan Stanley) ... lebih kurang 2 kilometer. Langkahan kaki saya mulakan .... bismillah!
Urghh ... Argh ... huff ... puff ... hmmph
Dalam kepala mulalah terbayang fisiologi tubuh badan manusia bila melakukan senaman. Untuk menampung penggunaan oksigen yang banyak semasa melakukan aktiviti, maka denyutan jantung akan bertambah laju. Perjalanan darah perlu ditingkatkan supaya dapat dibekalkan ke seluruh badan seterusnya membekalkan oksigen untuk kegunaan otot-otot yang sedang aktif bekerja. Kadar pernafasan juga akan meningkat supaya oksigen dapat diserap dengan lebih banyak ke dalam darah (Haemoglobin secara tepatnya) dan karbon dioksida yang berlebihan akan disingkirkan ke udara. Oh, haba yang dihasilkan juga meningkat menyebabkan suhu badan akan naik. Maka haba perlu disingkirkan melalui peluh yang keluar lalu di uapkan ke udara, juga pengembangan salur darah akan menyingkirkan sedikit sebanyak haba, juga melalui pernafasan keluar. Maka tubuh badan akan kekal dalam keseimbangan dan membolehkan kita melakukan aktiviti dengan berkesan walaupun persekitaran berubah ... inilah yang dinamakan homeostasis. ---> Pengajaran : 1/ Peliharalah kesihatan tubuh badan supaya kita dapat melakukan amal ibadah dengan lebih optima, juga ia adalah amanah. 2/ Sebagaiman badan kita secara fizikal boleh menyeimbangkan diri, begitu jugalah kita sebagai khalifah perlu ada keseimbangan dalam rohani walau di pelusuk bumi mana sekalipun kita tercampak. Walau dunia menghambat nafsu, namun perlu ada kekuatan untuk terus thabat.
Berjogging di tepi pantai memang indah. Dengan pemandangan yang mengasyikkan dan menginsafkan. Saya ada terjumpa beberapa pesanan dari penaja yang tidak berbayar berbentuk nasihat pada bongkah2 batu yang terdapat di pantai. Antaranya berbunyi ~ "Halawatul iman fi ghaddil bashar" @ "Kemanisan iman itu pada tunduknya pandangan." Ada juga hadith Nabi ~ "Ihfazillah yahfazuka" @ "Peliharalah Allah (dengan melakukan suruhan dan meninggalkan laranganNya), maka Allah akan memeliharamu." Wah, terasa terisi juga jiwa ini di samping menyihatkan badan. Dan bermacam2 lagi. ---> Pengajaran : 1/ Agama tidak boleh dipisahkan dari kehidupan bahkan Islam itu sendiri adalah agama yang memandu jalan kehidupan kita. 2/ Pentingnya wujud bi'ah solehah di persekitaran agar tidak mudah terpesong dengan tarikan2 dunia yang hakikatnya menipu daya.
Sekarang saya sudah sampai di Kubri Stanley, memang cantik kawasan di situ. Tanah di sekitar kawasan tersebut ditambak sedikit bagi membuat kawasan lagun @ 'lagoon' yang mana ombak yang sampai tidaklah seganas di tengah lautan. Lautnya tenang dan nampak kebiruan dan kehijauan. Airnya jernih dan pemandangan menembusi ke dasarnya. First time jugak nampak arab snorkelling kat tepi pantai ni. Subhanallah ... terasa kerdil saya seketika berbanding Allah yang Maha Berkuasa menciptakan alam ini. Ayat AQ "Afala tubsiruun?" terus mengetuk hati. Saya berhenti rehat seketika dan memerhatikan sekeliling. Ramai juga arab yang memancing ikan di sini. Ada juga yang bersiar2 bersama keluarga. Ibaratnya seperti hari minggu la (memang pun ... haha).

Stanley Bridge yang menjadi kebanggan Iskandarani
(Gambar kanan dari hp saya, yang kiri disearch dari google)
Kelihatan Arab sedang snorkelling
Gambaran di lagun berdekatan Kubri Stanley
Subhanallah ... jernih sungguh
Jam baru menunjukkan pukul 8.45 pagi. Baru setengah jam saya berjogging. Badan pun tak terasa panas sangat disebabkan angin musim sejuk yang sudah mula bertiup. Lalu saya tetapkan untuk meneruskan jogging sehingga ke San Stefano, lebih kurang 4 km ke depan. San Stefano ni adalah kawasan pusat membeli belah yang agak besar dan mewah di Alex. Kalau ada yang pernah dengar namanya sebelum ni mesti sebab dah baca novel Ayat2 Cinta. Hehe, jangan jeles la sape2. Perjalanan ke situ pun banyak melalui kawasan2 pantai yang lebih cantik. Laut yang lebih kebiruan dan kehijauan, air yang lebih jernih dan manusia yang lebih ramai memancing. Saya sempat menyapa seorang pak cik yang sedang tekun menunggu umpannya dimakan sang ikan. Saya bertanya padanya, ade ke ikan kat sini? Soalan nampak macam pelik. Bukan ape, sebab kat tepi Sungai Nil pun ade je arab yang pancing ikan tapi tak pernah pula saya lihat hasil tangkapan mereka. So, pak cik tu pun jawab ade tapi kecik2 je. Kebetulan pak cik tu dapat pulak ikan time tu. So dapat la tgk hasil tangkapannya, memang kecik pun, tapak tangan lagi besar. Katanya untuk dijual, bukan dimakan. Ikan batatah katanya. Hmm ... tak pernah dengar pulak.
Akhirnya saya tiba di San Stefano. Bangunannya di sebelah dalam sikit. Tapi landmarknya adalah hotel Four Seasons yang sangat megah di sebelah pantai dengan kafe Starbucks Coffee di bawahnya. Sangat mewah dan elegan, saya pun baru 2 kali ke kawasan San Stefano ni. Sekadar berjalan2 dan melihat gelagat manusia. Saya pernah bertanya pada seorang sahabat, perlukah dibina pusat2 membeli-belah yang mega, mewah dan megah? Di setiap negara manusia berlumba2 untuk membina bangunan dan binaan seperti ini seolah-olah ia adalah keperluan dalam hidup manusia. Seolah-olah juga ia adalah pengukur kemajuan sesebuah negara. Bukan apa, dengan tempat2 sebegini lah akan masuk unsur2 hedonisme yang melampau. Ekonomi yang berkiblatkan kapitalis akan terus menguasai ekonomi dunia seterusnya mengheret ummat Islam untuk turut serta secara tidak langsung. Dan akhirnya kehidupan yang penuh dengan kemewahan boleh melalaikan manusia dari tujuan asal penciptaannya di dunia. Saya hanya pergi untuk menangkap gambar khas buat seorang sahabat.

Bangunan Four Seasons Hotel di San Stefano
San Stefano ... gambar khas untuk sahabat saya. Jangan jeles k!
Tiba masa untuk saya pulang. Badan sudah segar, mata sudah cerah, hati sudah terisi. Sebelum pulang saya singgah sebentar di sebuah pantai berdekatan Nadi Muhandisin. Saya duduk sebentar di pantai tersebut, membasahkan kaki dengan air pantai yang jernih dan sejuk. Saya sudahkan bacaan Al-Ma'thurat untuk pagi tersebut sambil merenung keindahan alam. Sedikit juga muhasabah untuk menguatkan diri dan doa untuk semua yang saya kasihi ; usrati, ikhwah, sahabat, rakan2 dan ummat Islam di mana saja mereka berada. Ameen. Saya terfikir juga, suatu masa dahulu di Palestin, Iraq, Afghanistan juga aman damai buminya. Namun, ujian Allah menjadikan hidup mereka penuh dengan perjuangan. Tidak mustahil bumi kita yang tenang di masa ini juga akan terancam suatu hari nanti termasuklah di Iskandariah ini. Tuhan, peliharalah ...
Akhirnya saya menahan tramco dan terus pulang ke Cleopatra Hamamat, petandanya adalah El-Haram Hotel. Jemput datang bagi yang berkesempatan. Berakhir sudah perjalanan rohani ini. Moga anda juga dapat merasainya.
p/s : Saya sedang cuba untuk menulis dengan konsep Imagination-Based Descriptive Writing (istilah ni saya reka2 sahaja). Menulis dengan ingatan yang jelas sehingga orang yang membacanya dapat merasainya juga walaupun tidak mengalaminya. Kalau ada sebarang komen sila maklumkan.







