Wednesday, August 20, 2008

.:. Septuplet .:.

[DISCLAIMER : Catatan di bawah bukanlah artikel perubatan yg ditulis oleh orang yg telah diiktiraf kelayakannya dalam bidang perubatan. Oleh itu budi bicara pembaca amatlah dinasihatkan. Ianya tidak lebih hanyalah perkongsian ilmu dan bukanlah rujukan perubatan yang muktamad.]

Saya tertarik dengan berita ini. Lebih2 lagi ia berlaku di 'kampung' halaman saya sekarang. Bace dulu laporan kat bawah ni kalau belum tahu lagi. Ulasan ringkas saya di akhir post.



A 27-year-old Egyptian woman gave birth to septuplets early Saturday in the coastal city of
Alexandria, family members and the hospital director said.

Ghazala Khamis was in good condition after having a blood transfusion during her Caesarean section due to bleeding, said Emad Darwish, director of the El-Shatbi Hospital where she gave birth.

The newborns, four boys and three girls, weigh between 3.2 pounds and 6.17 pounds and are in stable condition, Darwish said. They have been placed in incubators in four different hospitals that have special premature baby units, he said.

"This is a very rare pregnancy something I have never witnessed over my past 33 years in this profession," Darwish told The Associated Press by phone from the hospital.

Darwish decided to carry out the Caesarean section at the end of Khamis' eighth month of pregnancy due to the pressure on her kidneys. He said Khamis, who already has three daughters, took fertility drugs in an effort to have a son.

Khamis, the wife of a farmer in the northern Egyptian province of Beheira, was admitted to the hospital two months earlier, Darwish said.

"From the initial checkup, I say that none of the babies have any sort of deformities or incomplete organs," Darwish said.

The woman's brother, Khamis Khamis, said even though his sister was trying to conceive more children so she could have a son, the family was astonished when they found out she would give birth to multiple babies.

"We thought about an abortion, but then we felt it's religiously forbidden. So we said 'Let God's will prevail,'" he told the AP by phone.

Egypt's health minister announced that the seven babies will receive free milk and diapers for two years, the brother added.






Setakat ni utk topik embryology dalam subjek anatomy saya hanya belajar perkembangan janin dalam first trimester sahaja (3 bulan pertama) ataupun General Embryology. Iaitu dari menstruation (haidh), ovulation (penghasilan ovum) sehinggalah gastrulation (pembentukan 3 lapisan embrio ~ ectoderm, mesoderm dan endoderm) dan sebagainya. Berdasarkan keterangan dari artikel di atas, punca berlakunya fenomena 'septuplet' ni disebabkan si Ibu telah menjalani rawatan kesuburan utk mendptkan anak lelaki. Memang telah terbukti bahawa ubat2 rawatan kesuburan ini memang akan memberi kesan pada kaum ibu yg mengambilnya. Satu kajian menyatakan bahawa sebanyak 35% kehamilan daripada wanita2 yg mengambil rawatan kesuburan ini menghasilkan lebih dari seorang anak. Namun utk kes 'septuplet' ni mungkin samada si Ibu mengambil dos yg banyak atau ia adalah sememangnya rezeki dari Allah.

Walaupun mungkin kebarangkalian utk mendapatkan anak yg 'terlalu ramai' adalah kecil, rawatan kesuburan perlulah sentiasa di bawah pengawasan doktor pakar dan tidak diambil sesuka hati. Wah2, macam pakar sakit puan lah pulak! ... Nope, this is not my favourite field, just want to share my little knowledge and enthusiasm about this very rarely case.

Cerita pasal abortion (keguguran) pula, Islam ada garis panduannya yang tersendiri dalam menentukan hukum utk melakukan pengguguran kandungan. Kebanyakannya dirujuk pada hadith Rasulullah s.a.w. berkaitan penciptaan manusia yg dibukukan oleh Imam Nawawi dlm kitab Hadith 40 nya (Hadith ke-4). Untuk bacaan lebih lanjut berkaitan hukum menggugurkan kandungan bolehlah rujuk ke sini dan sini.


p/s : Esok nak balik Alex, mane tau ade rezeki boleh jumpe dengan baby2 bertuah tu. Hospital Shatby tu pulak mungkin jadi hospital utk clinical round mase paediatrics nnt kots. Bile tu? ... 3-4 thn lagi insya Allah. Nak tahu lebih lanjut, gunekanlah mr google yg setia itu. ;)


Wassalam ...

Saturday, August 16, 2008

.:. Selamat Datang ke Dunia .:.



Alhamdulillah wa syukru lillah ...

Hari Isnin lepas, 11 Ogos 2008 saya menerima sms dari abah pada pagi2 buta lebih kurang pkl 1-2 pagi. Abah kate Kak Long masuk SMC ... mungkin dah due utk bersalin. Bangun subuh pagi tu sebelum ke masjid, saya cek henset namun masih tiada khabar sms mengatakan Kak Long dah bersalin. Semasa sedang ber'istirehat' lepas subuh, sebuah lagi 'risalah' (sms versi arab) tibe. Kali ni dari Along pule. Alhamdulillah katenye semua sudah selesai. Family Along dapat baby girl lagi as expected mase scan sblm ni. Sihat wal'afiat juga saya lihat gambarnye.

Sebagaimana kematian memberikan kita peringatan, begitu juga dengan kelahiran. Ia menyedarkan kita akan tujuan kita hidup di dunia. Kelahiran juga membuktikan sunnatullah bahawa ummat ini akan sentiasa silih berganti. Dan perjuangan utk menegakkan syari'at Islam perlu berterusan dari generasi ke generasi. Dan sekiranya kita berpaling, maka Allah akan menggantikan kita dengan generasi yg lain.

Buat baby Nafisah ... 'ammu doakan supaya menjadi anak yg solehah, penyejuk mata buat abi dan ummi, hamba yg ta'at pada Allah, ummat yg berjasa pada ummah dan manusia yg berguna pada alam sejagat ... ameen.

Permata Keluarga
Album : Rahsia
Munsyid : Saujana
http://liriknasyid.com

Saat itu tak dapat aku gambarkan yang aku rasa
Kelahiranmu bagaikan satu petanda permata keluarga
Padamu ku curahkan kasih dan ku belai manja
Ku asuh dan ku sayangi dengan penuh mesra

Setaut kasih aku hulurkan buatmu insan yang ku sayang
Ungkapan doa aku panjatkan pada-Nya bahagia selamanya
Peribadi mulia contoh insan berjaya kelak aku berbangga

Jejari kecilmu menggapai bak kau mencari erti hidup ini
Suci dirimu umpama sutera putih
Lembut jiwamu penyejuk hati ini

Setaut kasih aku hulurkan buatmu insan yang ku sayang
Ungkapan doa aku panjatkan pada-Nya bahagia selamanya
Peribadi mulia contoh insan berjaya kelak aku berbangga

Setaut kasih aku hulurkan buatmu insan yang ku sayang
Ungkapan doa aku panjatkan pada-Nya bahagia selamanya
Peribadi mulia contoh insan berjaya kelak aku berbangga

Tulus harapan pada Yang Maha Penyayang
Agar kau bahagia selamanya

[Saujana] 11 Perma...

Saturday, August 09, 2008

.:. Kita Adalah Singa .:.

Salam ...

Beberapa minggu yg lepas saya berpeluang menghabiskan bacaan sebuah buku ilmiah (baca : 'Ketika Cinta Bertasbih II' ~ kalau boleh saya katakan ia adalah ilmiah) karya penulis yg katenye fenomenal. Saya mencari2 kalau-kalau ada pengisian rohani buat penyuntik hammasah di dalamnya. Dan saya menjumpainya pada bab yg terakhir. Ketika si watak utama meyampaikan kuliah pengisian utk para santri dan santriwati. Si watak utama memilih utk bercerita tentang sebuah kisah bertajuk 'Kisah Seekor Anak Singa'.

Ape yg menariknya cerita dalam cerita tersebut?

Saya cuba simpulkan kisah yg panjang itu (yg sekiranya saya taip semula akan memakan 5-6 ms Microsoft Word barangkali). Seekor anak singa dilahirkan dan dibesarkan oleh sekumpulan kawanan kambing. Kenapa kambing pula? Kerana ibunye telah mati ketika melahirkannya. Lalu die membesar dan hidup bersama kelompok kambing yg simpati. Akhirnya membesarlah die dgn cara hidup seekor kambing. Mengaum dgn bunyi embekan kambing, mengacah2 dengan kepala seolah2 ade 'tanduk' spt kambing, tidak tahu menggunakan kuku dan gigi taringnya yg tajam sbg senjata dll. Sehinggalah berlalunye masa die telah disedarkan oleh seekor singa jantan sejati bahawa die adelah SINGA bukannya kambing. Itupun setelah puas ditampar-lempar banyak kali sehingga sedar.

Lalu saya teringat kisah yg juga lebih kurg sama yg dinukilkan oleh seorang penyair Muslim terkenal, Muhammad Iqbal Rahimahullah ;

Zaman satu bangsa yang hina
tidak pernah sunyi dari ilmuan, sasterawan dan orang yang arif bijaksana!
Mereka dipecahbelahkan dengan berbagai ideologi
tetapi semua ideologi itu tertumpu kepada satu rencana ;
Mereka ajar anak singa agar menjadi kijang yang pengecut
dan mereka hapuskan kisah-kisah singa pada bicara zaman silam
Cita-cita mereka, menggembirakan hamba dengan perhambaan
Seluruh pengajaran mereka hanyalah penipuan cendekiawan

Perbandingannya sama cume mungkin wataknye berlainan. Kalau yg pertama Kambing ~ Singa, kali ini Kijang ~ Singa. Kami di sini pernah bersembang2 (baca : berbincang2) mengenai syair Muhammad Iqbal ini kerana ia telah dipilih oleh seorang tokoh daei, Muhammad Ahmad Ar-Rasyid dlm kitab fenomenalnye juga iaitu Al-Muntholaq. Dalam bab pertama lagi. Antara ta'liqat (komentar) yg kami perolehi adalah ;

1/ Kita, ummat Islam hari ini adalah umpama 'singa' yang bertopengkan kambing @ kijang dalam perumpamaan di atas. Jinak lagi mudah dijinakkan.

2/ Sedangkan asal usul kita adalah 'singa' (ummat Islam zaman dahulu ~ Rasulullah, Sahabat, Tabien wa Atba'ut Tabien ridhwanullahu 'alaihim ajma'in) yang menunjukkan dengan sebenar2nya bahawa mereka adalah 'singa' baik luaran mahupun dalaman.

3/ Kita hari ini menjadi mangsa 'tarbiyyah' puak Kuffar dengan ideologi dan serangan pemikiran mereka. Akhirnye kita terlupa asal usul siapa diri kita yang sebenarnye. Kita lebih memilih utk memakai topeng 'kambing @ kijang' berbanding menunjukkan 'muka' kita yg sebenar. Oleh itu, perlu juga utk kita mengembalikan diri kita yg sebenar dgn 'tarbiyyah' cara kita pula. (tarbiyyah singa barangkali)

4/ Boleh jadi juga kerana kita tidak mengenal 'induk' kita (Rasulullah, Sahabat etc) kerana kelalaian kita tidak mengambil pengajaran dari seerah mereka.

5/ Hanya kita yang boleh menentukan samada kita adalah 'singa' atau selainnya. Andai kata kita terus leka dgn jahiliyyah, jadilah kita umpama singa sarkas yg dipukul2 dgn cemeti lalu melompat2 masuk ke gelung berapi. Dan orang ramai bertepuk tangan suka hati.

6/ Kambing @ kijang juga enak dimakan kerana dagingnya lembut dan manis, kate org yg pernah merasainya. Sinonim kpd hadith Nabi berikut ;

On the authority of Thawbaan , the Prophet said : "The People will soon summon one another to attack you as people when eating invite others to share their food. " Someone asked, "Will that be because of our small numbers at that time?" He replied, "No, you will be numerous at that time: but you will be froth and scum like that carried down by a torrent (of water), and Allah will take the fear of you from the breasts (hearts) of your enemy and cast 'al-wahn' into your hearts." Someone asked, "O Messenger of Allah, what is 'al-wahn'?" He replied, "Love of the world and dislike of death." [An authentic hadith recorded by Abu Dawud and Ahmad]

Lalu ... pilih lah yang mana satu anda?