Wednesday, July 23, 2008

.:. Saudara, Menangislah! .:.

Salam wa rahmatullah 'alaik ...

Saudara,

Kadang kala menangis itu perlu
bagi melembutkan hati sekeras batu
agar kita tidak terburu-buru
dalam amal dan setiap tingkah laku

Menangis itu ubat
penawar buat hati yang perlu dirawat
kerana selalu terleka oleh maksiat
atau musuh Islam yg semakin mengganggu dan menggugat

Tangisan ini lambang hidupnya hati
walau di sekeliling dosa terus menanti
lantaran itu taubat perlu dilazimi
dari waktu ke waktu, dari hari ke hari

Nah,
dunia hari ini perlukan kekuatan
dari seorang pemuda yang punya bekalan
kekuatan yang mesti datang dari dalaman
dari tangisan penuh keinsafan
menginsafi perlunya pembelaan
untuk ummah, agama dan perjuangan
lalu tangisanmu itu adalah satu penghargaan
bahawa risalah ini akan terus di dilaungkan .... jua diusahakan

Selamanya ... Ya, Allah ~ saksikanlah!

Mungkin ramai yang tertanya2 bagaimana utk melazimkan diri mengalirkan air mata? Atau tangisan itu perlu ditumpahkan utk apa? Mungkin utk perkara yang biasa2 itu kita sudah biasa. Ketika menonton drama tangkap leleh, berpisah dengan mereka yang disayangi, ditimpa musibah yang ringan2 saja, atau hilang barang? Percayalah, air mata kita itu mahal sekali utk ditumpahkan pada perkara yg remeh-temeh. Sedangkan banyak lagi perkara yg perlu kita alirkan air mata ini. Antaranya :

1/ Mengenangkan nasib ummat hari ini.
Cubelah saudara bace kisah2 saudara saudari kita di serata dunia yang terus ditindas sehari-harian. Dan bukan setakat membaca tetapi letakkanlah diri saudara di tempat mereka. Try to put urself in their shoes. Kelak kalian akan merasa bagaimanakah ia.

2/ Bila melakukan dosa.
Berterusan melakukan dosa petanda kita tidak berada di bawah naungan rahmat Allah. Masya Allah! Bolehkah saudara bayangkan hidup walau sedetik tidak berada dalam pemerhatianNya. Lalu di manakah saudara letakkan Dia tika melakukan dosa dan maksiat? Maka, bersedihlah dengan dosa2 kita dalam taubat dan solat2 malam yang belum tentu menjanjikan kita terlepas dari neraka Allah ta'ala.

3/ Bila culas @ lalai dalam amal.
Pernah terlepas solat Subuh berjema'ah di masjid pada awal waktu? Lalu apa yang kita rasakan? Menangislah andai kita culas, leka, malas, lalai dalam melakukan kewajipan kita padaNya. Tangisan itu sebagai tanda penyesalan kerana sejauhmana amal2 kita sekarang menjanjikan kita utk mendapat tiket ke Jannah?

4/ Fikir2 kan lah ... namun, tangisan itu bukanlah penyelesaian kpd masalah2 ummah. Ia hanya sebagai petanda hati itu hidup dan menyala dengan sinar harapan. Harapan utk ummah terus melangkah ke hadapan.




Wednesday, July 09, 2008

.:. Li Ta'arafuu .:.

Salamz …

Alhamdulillah, telah tamat tempoh saya utk berada di Madinah Gama’iyyah, Universiti Iskandariah (asrama Univ) ni sejak akhir bulan 6 yg lalu. Saat2 yg telah lama dinantikan. Kenapa alhamdulillah? … mcm x suke je? mcm terlepas dr penjara je? Mungkin juge tp bukanlah sepenuhnya. Alhamdulillah juge kerana byk pengalaman baru yg diperolehi. Pengalaman mu’amalah bersama pelajar arab Mesir yg lain, dpt kawan baru dari bangsa yg lain dan sbgnya. Cukuplah saya pernah kisahkan suatu masa dahulu berkaitan ‘azab’ yg perlu kami pelajar MARA tanggung sepanjang berada di sini. Izinkan saya berkongsi yg positif2 pula.

Saya mulakan dgn firman Allah s.w.t. dlm surah Al-Hujrat ayat 13 yg bermaksud :

“ Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yg lebih taqwanya di antara kamu (bukan keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam PengetahuannNya. ”

Bukan mudah utk menjalinkan hubungan dengan seseorang apabila perbezaan yang menjadi ukuran antara kita. Bilamana jantina, keturunan, bangsa dan sebagainya menjadi piawai yang melebarkan jurang perbezaan sedangkan mungkin sahaja ada persamaan yang boleh dilihat utk menjadi titik persefahaman. Atau mungkin sahaja perbezaan itu membawa kepada penyatuan. Kita harus belajar dari perbezaan yang ada kerana ia membuka minda kita terhadap dunia. Dunia yang bukan hanya dihuni oleh satu jenis manusia sahaja. Dunia yang bukan diwarnai oleh sejenis warna sahaja. Dunia yg didukungi oleh pelbagai ideologi2 dan isme2 manusia.

So, lets the pictures tell the stories ;



Belakang dari kiri : Saya, Shouhdi, Asyraf, Hasan
Depan dari kiri : Hikmi, Asif, Syazwan, Husni



Suke betul mereka ('dammu khafif' adalah sitilah bagi org Mesir yg sememangnya suka bergurau senda)



Atas pokok pun boleh



Berposing sebelum pindah




Moga ukhuwwah ini berkekalan



Percubaan seorang arab utk merasai masakan Malaysia (kari ayam).
'Kitir filfil' (banyak cili ~ pedas!) katenye.

Pertemuan dan perkenalan juga adalah satu peluang yang perlu diambil untuk kita meluaskan jaringan kenalan. Bukan sekadar untuk mengambil manfa'at duniawi yg ada pada kenalan kita, bahkan lebih dari itu untuk berkongsi manfa'at ukhrawi sesama kita. Masakan tidak, ulama' hati seperti Abbas Assisi sangat2 menitik beratkan soal bertemu dan berkenal2an. Boleh rujuk kitabnya 'Thoriq ilal qulub' (kalau x silap) yg banyak membincangkan soal ini. Juga ada diselitkan tips2 untuk bagaimana lebih mudah bersosial dan berta'aruf. Kerana itulah asas dlm dakwah kita.

Sedih jugak rasenye akhir2 ni ... ye la, kawan2 yg lain semua dah mula meninggalkan bumi Mesir ni sorang demi sorang utk bercuti di tanah air bersama famili. Insya Allah tahun hadapan giliran saya pula. Moga dapat memanfaatkan summer holiday 3 bulan ni dgn sebaiknya. Banyak lagi khazanah berharga bumi ini yang belum habis saya terokai dan nikmati. Mudah2 an bertemu dgn lebih banyak permata2 dan mutiara2 berharga insya Allah. Lillahi ta'ala.

Ameen.