Berada di atas jalan tarbiyyah dan dakwah adalah satu nikmat hatta kalau hanya merasakan tempias2nye sahaja juga mungkin sudah terasa nikmat. Nikmat ini bukan utk dibangga2 dan dijaja2 pada orang lain dengan mengatakan ; “owh, aku dah pernah rasa betapa nikmatnya hidup dalam tarbiyyah.” … namun, nikmat ini disertakan juga dengan beberapa cabaran. Antaranya ialah cabaran utk menyampaikan nikmat tarbiyyah ini pada orang lain dan dalam masa yang sama mengekalkan nikmat tarbiyyah itu dalam diri kite. Mungkin ade antara kite yang leka ingin berkongsi nikmat tersebut dengan orang lain lalu melupakan diri sendiri sehingga nikmat tersebut hilang sedikit demi sedikit dari diri kita. Atau mugkin juga ade yang begitu teliti ingin memelihara nikmat tersebut dalam diri sehingga membiarkan mereka2 yang berada di sekeliling kita. Wa na’uzubillah … kalau ade antara kita yang sudah tidak sudi merasa nikmat tersebut lalu membiarkan diri lari selari-larinya dari nikmat tersebut apatah lagi mengizinkan orang lain merasai nikmat tersebut.
Memang benar, cabaran ini bukan mudah. Jika tidak, maka tidaklah ia dinamakan cabaran. Mungkin kerana itu juga Abu Ammar (Muhammad Ahmad Ar-Rasyid) menukilkan dalam salah satu ‘magnum opus’ nya, Al-Muntalaq bahawa ia hanyalah kerja RIJAL …! * Masih ingat lagi kisah impian Al-Faruq? … ye, di saat Saidina Umar mengajak sahabat2nye utk mencetuskan satu impian. Lalu ape yang begitu diimpikan oleh Umar adalah utk memiliki RIJAL yang boleh diminta bantuannya utk menegakkan kalimah Allah yag mulia. Nah! Besar sungguh cabaran yang perlu dilunaskan seorang RIJAL.
Bila asyik membelek2 buku2 tebal subjek medic atau ape saje, kadang perlu jugak utk kita menyelak2 bahan bacaan berfikrah sebagai pedoman menghadapi jalan tarbiyyah yang unik ini. Kenapa unik ye? … kerana jalan ini punye cara tersendiri utk dilalui, bukan utk mengkomersialkan atau mengeksklusifkan jalan ini … tetapi kerana kalau silap cara kita melaluinya kelak kita akan menyalahkan jalan ini kerana terlalu mengikat kita dengan wajibat2 yag perlu dilaksanakan dan muwasafat2 yang perlu diusahakan. Jangan begitu sahabat2 …
Thus, what I’m gonna to share with is just a thought of not to screw up our one n only precious life. Otherwise, our life will be miserable. Bagi yang pernah merasai nikmatnya berada di bawah lembayung tarbiyyah, usahakanlah utk memastikan ia berterusan. Barulah dinamakan mujahadah sebenar … bukan sekadar mujahadah utk berjaya pada cite2 dunia tetapi lebih besar dari itu. Kerana kita pernah suatu ketika dahulu bersama menghirup manisnya hidup berlandaskan tarbiyyah, lalu apakah puncanya utk kita tiba2 hilang punca dan melupakannya? Kita pernah ade bekalan lalu mengapa tidak digunakan? Kita pernah ade pengalaman lalu mengapa dilupakan?
Hidup ini umpama satu perjalanan di mana ade di situ beberapa stesen2 yang perlu dilalui, mungkin utk berehat sebentar dan mengumpul bekalan … rugi rasenye kalau tidak digunakan stesen2 tersebut utk tujuan2 td. Sepatutya semakin banyak stesen dilalui semakin hampir pada destinasi dan semakin segar utk meneruskan perjalanan. Begitu juga exam2 yang pernah kita lalui e.g. UPSR, UPSRI, PMR, SPM etc … mane ade orang yg akan mengambil SPM sedangka pegetahuannya masih di tahap UPSR barangkali. Pastinya semakin banyak exam yang pernah dilalui semakin meningkat tahap pemikiran … biiznillah. Lalu kita yang pernah melalui proses tarbiyyah ini … di mana tahap kita sekarang? Mudah saja, jadikan 10 sifat Muslim yang telah digariskan Imam Hasan Al-Banna sebagai neraca ukuran kite. Sejauh mane kite berusaha memenuhi segala kriteria yang digariskan …
* Bab 12 : Mu’adalah yufhimuha ar-RIJAL (Formula yang hanya difahami oleh RIJAL)
p/s : actually I’m quite missing my fellow friends yang bersemangat dalam tarbiyyah n dakwah, di mana sahaja mereka berada, yang boleh menghangatkan sinergi utk terus thabat … hanya Engkau ya Allah yang mengetahui betapa aku memerlukan mereka di bumi Iskadariyyah ini … hadirkan di sisiku para ikhwah yang sama2 ingin merasai nikmat tarbiyyah ini …. Waj’alna minar rijal alaziina yansuruuna deenak …





