[DISCLAIMER : Catatan di bawah bukanlah artikel perubatan yg ditulis oleh orang yg telah diiktiraf kelayakannya dalam bidang perubatan. Oleh itu budi bicara pembaca amatlah dinasihatkan. Ianya tidak lebih hanyalah perkongsian ilmu dan bukanlah rujukan perubatan yang muktamad.]
Salam sejahtera ...
Alhamdulillah dah selesai blok untuk Immunity atau Immune System. Exam pun sudah dan esok pulak cuti sebelum mula blok baru, Haematology atau studi mengenai darah keesokannya. Apa yang saya nak kongsi adalah case utama berkaitan dengan Immune System atau Sistem Pertahanan Badan iaitu tindak balas alergi (Allergic @ Hypersensitivity Reaction) yang biasa berlaku di sekeliling kita.
Dulu masa kat sekolah saya ada seorang junior yang tak boleh makan ayam. Kalau makan je maka dia akan merasa gatal2 seluruh badan ... kesian. Ada juga yang selalu bersin2 bila time kemas dorm sebab berhabuk ... ye la, seminggu sekali baru nak bersihkan betul2. Atau bila cuaca sejuk sikit terutamanya waktu malam maka akan terkena serangan asma atau lelah ... lebih2 lagi yang suka tidur kat lantai bawah kipas ... ;) Semua ni adalah contoh2 manifestasi bilamana seseorang itu mengalami tindak balas alergi di dalam badannya. Perkara yang menyebabkan berlakunya tindak bals alergi ini dipanggil allergen. Ada yang berkaitan dengan makanan seperti kacang, cokelat dsb. Ada juga yang bergantung pada persekitaran seperti habuk, bulu2 binatang, debu, cuaca dll. Termasuk juga ada yang alergi pada ubat-ubatan tertentu seperti penicillin etc.

Asthmatic attack or difficultyy in breathing caused by bronchoconstriction
Gatal2 pada kulit atau Urticaria ... jangan garu2 utk cepat sembuh!
Apa itu allergi?
Alergi adalah tidak balas dalam sistem pertahanan badan manusia yang memberi kesan yang merosakkan atau tidak baik pada badan. Pertama, kita perlu tahu bahawa tidak semua orang mengalami tindak balas alergi ini. Ia hanya berlaku pada mereka yang tergolong dalam golongan yang disebut 'Atopy' di mana mereka mempunyai kecenderungan untuk diserang alergi apabila terdedah kepada mana2 allergen tertentu. Juga ada sedikit sebanyak kaitan dengan keturunan. Mereka yang tergolong dalam golongan atopy ini @ atopic person akan bertindak balas secara berlebihan dengan sebarang unsur2 luar yang masuk ke dalam badan (atau locally pada kulit). Dan biasanya ia berlaku pada pendedahan kali kedua kepad allergen. Contohnya jika seseorang itu alergik pada kacang, jika dia pertama kali berjumpa dengan kacang dan memakannya maka tiada apa yang berlaku. Sebaliknya jika dia memakan lagi makanan yang mempunyai unsur kekacang (macam arab kat Mesir ni la yang very obsess dengan kacang) pada waktu yang lain, maka tindak balas alergi insya Allah akan berlaku.
Apa yang terjadi sebenarnya?
Secara umumnya, badan kita akan sentiasa bertindak balas terhadap segala bendasing yang memasuki badan melalui penghasilan antibodi. Di dalam darah manusia terdapat Immunoglobulin atau Ig yang bertindak sebagai antibodi ni. Ada 5 kelas Ig iaitu IgM, IgA, IgG, IgE dan IgD (first time dengar ni teringat produk supplement Hijjaz yg ade IgG tu dulu ... haha) Tindak balas alergi melibatkan IgE. Semasa first exposure pada allergen, badan akan menghasilkan IgE dalam jumlah yang berlebihan. Ketika ini tubuh kita disebut telah sensitized atau telah mempunyai antibodi untuk melawan allergen tersebut pada second exposure. Maka apabila second exposure berlaku, allergen yang masuk ke dalam tubuh akan bergabung dengan IgE yang telah terhasil sebelum ini. Hasilnya, satu sel dalam tubuh badan manusia yang diberi nama 'Mast Cell' pada tisu atau 'Basophil' pada peredaran darah akan membebaskan beberapa bahan kimia (chemical mediators) yang memberi kesan pada tubuh badan. Contoh bahan kimia tersebut adalah Histamine yang menyebabkan pengembangan salur darah lalu mengakibatkan penurunan tekanan darah dan gatal2 pada kulit. Salur pernafasan juga boleh mengecil mengakibatkan kesukaran dalam bernafas terutama bagi penghidap asma. (Proses yang berlaku dalam badan adalah lebih kompleks dan detail, diringkaskan sekadar untuk pemahaman umum sahaja)
Overview on Allergic Reaction
Mast Cell releases chemical mediators such as Histamine which causes vasodilatation etc.
Pencegahan ...
Untuk mencegah dari berlakunya tindak balas alergi ini, kita perlu tahu sejauhmana tubuh badan kita alergi pada sebarang bahan seperti makanan, ubat-ubatan atau persekitaran. Ini boleh dilakukan dengan menjalani hypersensitivity test untuk mengesan bahan2 yang anda alergi. Lebih2 lagi sekiranya mempunyai sejarah alergi dalam keluarga. Sekiranya telah tahu maka maklumat mengenai bahan2 yang alergi perlulah dikongsi bersama doktor yang melakukan rawatan supaya doktor tersebut dapat merangka pelan rawatan yang sesuai berdasarkan kondisi badan kita.
Akhir kata, peliharalah tubuh badan dan kesihatan kita sebaiknya kerana ia adalah amanah dari Allah s.w.t. yang akan ditanya pada Hari Akhirat nanti. Moga bermanfaat dan berguna. Sedikit video presentation berkaitan alergic reaction ini bagi yang berminat.







1 comments:
hmm.. bagus btul.. good info.. anyway, selamat hari raya aidiladha dari dublin, ireland.. kalau ada masa, jom singgah my blog
Post a Comment