Alhamdulillah wa syukru lillah ...
Hari Isnin lepas, 11 Ogos 2008 saya menerima sms dari abah pada pagi2 buta lebih kurang pkl 1-2 pagi. Abah kate Kak Long masuk SMC ... mungkin dah due utk bersalin. Bangun subuh pagi tu sebelum ke masjid, saya cek henset namun masih tiada khabar sms mengatakan Kak Long dah bersalin. Semasa sedang ber'istirehat' lepas subuh, sebuah lagi 'risalah' (sms versi arab) tibe. Kali ni dari Along pule. Alhamdulillah katenye semua sudah selesai. Family Along dapat baby girl lagi as expected mase scan sblm ni. Sihat wal'afiat juga saya lihat gambarnye.
Sebagaimana kematian memberikan kita peringatan, begitu juga dengan kelahiran. Ia menyedarkan kita akan tujuan kita hidup di dunia. Kelahiran juga membuktikan sunnatullah bahawa ummat ini akan sentiasa silih berganti. Dan perjuangan utk menegakkan syari'at Islam perlu berterusan dari generasi ke generasi. Dan sekiranya kita berpaling, maka Allah akan menggantikan kita dengan generasi yg lain.
Buat baby Nafisah ... 'ammu doakan supaya menjadi anak yg solehah, penyejuk mata buat abi dan ummi, hamba yg ta'at pada Allah, ummat yg berjasa pada ummah dan manusia yg berguna pada alam sejagat ... ameen.
Permata Keluarga
Album : Rahsia
Munsyid : Saujana
http://liriknasyid.com
Munsyid : Saujana
http://liriknasyid.com
Saat itu tak dapat aku gambarkan yang aku rasa
Kelahiranmu bagaikan satu petanda permata keluarga
Padamu ku curahkan kasih dan ku belai manja
Ku asuh dan ku sayangi dengan penuh mesra
Setaut kasih aku hulurkan buatmu insan yang ku sayang
Ungkapan doa aku panjatkan pada-Nya bahagia selamanya
Peribadi mulia contoh insan berjaya kelak aku berbangga
Jejari kecilmu menggapai bak kau mencari erti hidup ini
Suci dirimu umpama sutera putih
Lembut jiwamu penyejuk hati ini

Tulus harapan pada Yang Maha Penyayang

Agar kau bahagia selamanya
| [Saujana] 11 Perma... |

0 comments:
Post a Comment