Related Posts with Thumbnails

Saturday, August 09, 2008

.:. Kita Adalah Singa .:.

Salam ...

Beberapa minggu yg lepas saya berpeluang menghabiskan bacaan sebuah buku ilmiah (baca : 'Ketika Cinta Bertasbih II' ~ kalau boleh saya katakan ia adalah ilmiah) karya penulis yg katenye fenomenal. Saya mencari2 kalau-kalau ada pengisian rohani buat penyuntik hammasah di dalamnya. Dan saya menjumpainya pada bab yg terakhir. Ketika si watak utama meyampaikan kuliah pengisian utk para santri dan santriwati. Si watak utama memilih utk bercerita tentang sebuah kisah bertajuk 'Kisah Seekor Anak Singa'.

Ape yg menariknya cerita dalam cerita tersebut?

Saya cuba simpulkan kisah yg panjang itu (yg sekiranya saya taip semula akan memakan 5-6 ms Microsoft Word barangkali). Seekor anak singa dilahirkan dan dibesarkan oleh sekumpulan kawanan kambing. Kenapa kambing pula? Kerana ibunye telah mati ketika melahirkannya. Lalu die membesar dan hidup bersama kelompok kambing yg simpati. Akhirnya membesarlah die dgn cara hidup seekor kambing. Mengaum dgn bunyi embekan kambing, mengacah2 dengan kepala seolah2 ade 'tanduk' spt kambing, tidak tahu menggunakan kuku dan gigi taringnya yg tajam sbg senjata dll. Sehinggalah berlalunye masa die telah disedarkan oleh seekor singa jantan sejati bahawa die adelah SINGA bukannya kambing. Itupun setelah puas ditampar-lempar banyak kali sehingga sedar.

Lalu saya teringat kisah yg juga lebih kurg sama yg dinukilkan oleh seorang penyair Muslim terkenal, Muhammad Iqbal Rahimahullah ;

Zaman satu bangsa yang hina
tidak pernah sunyi dari ilmuan, sasterawan dan orang yang arif bijaksana!
Mereka dipecahbelahkan dengan berbagai ideologi
tetapi semua ideologi itu tertumpu kepada satu rencana ;
Mereka ajar anak singa agar menjadi kijang yang pengecut
dan mereka hapuskan kisah-kisah singa pada bicara zaman silam
Cita-cita mereka, menggembirakan hamba dengan perhambaan
Seluruh pengajaran mereka hanyalah penipuan cendekiawan

Perbandingannya sama cume mungkin wataknye berlainan. Kalau yg pertama Kambing ~ Singa, kali ini Kijang ~ Singa. Kami di sini pernah bersembang2 (baca : berbincang2) mengenai syair Muhammad Iqbal ini kerana ia telah dipilih oleh seorang tokoh daei, Muhammad Ahmad Ar-Rasyid dlm kitab fenomenalnye juga iaitu Al-Muntholaq. Dalam bab pertama lagi. Antara ta'liqat (komentar) yg kami perolehi adalah ;

1/ Kita, ummat Islam hari ini adalah umpama 'singa' yang bertopengkan kambing @ kijang dalam perumpamaan di atas. Jinak lagi mudah dijinakkan.

2/ Sedangkan asal usul kita adalah 'singa' (ummat Islam zaman dahulu ~ Rasulullah, Sahabat, Tabien wa Atba'ut Tabien ridhwanullahu 'alaihim ajma'in) yang menunjukkan dengan sebenar2nya bahawa mereka adalah 'singa' baik luaran mahupun dalaman.

3/ Kita hari ini menjadi mangsa 'tarbiyyah' puak Kuffar dengan ideologi dan serangan pemikiran mereka. Akhirnye kita terlupa asal usul siapa diri kita yang sebenarnye. Kita lebih memilih utk memakai topeng 'kambing @ kijang' berbanding menunjukkan 'muka' kita yg sebenar. Oleh itu, perlu juga utk kita mengembalikan diri kita yg sebenar dgn 'tarbiyyah' cara kita pula. (tarbiyyah singa barangkali)

4/ Boleh jadi juga kerana kita tidak mengenal 'induk' kita (Rasulullah, Sahabat etc) kerana kelalaian kita tidak mengambil pengajaran dari seerah mereka.

5/ Hanya kita yang boleh menentukan samada kita adalah 'singa' atau selainnya. Andai kata kita terus leka dgn jahiliyyah, jadilah kita umpama singa sarkas yg dipukul2 dgn cemeti lalu melompat2 masuk ke gelung berapi. Dan orang ramai bertepuk tangan suka hati.

6/ Kambing @ kijang juga enak dimakan kerana dagingnya lembut dan manis, kate org yg pernah merasainya. Sinonim kpd hadith Nabi berikut ;

On the authority of Thawbaan , the Prophet said : "The People will soon summon one another to attack you as people when eating invite others to share their food. " Someone asked, "Will that be because of our small numbers at that time?" He replied, "No, you will be numerous at that time: but you will be froth and scum like that carried down by a torrent (of water), and Allah will take the fear of you from the breasts (hearts) of your enemy and cast 'al-wahn' into your hearts." Someone asked, "O Messenger of Allah, what is 'al-wahn'?" He replied, "Love of the world and dislike of death." [An authentic hadith recorded by Abu Dawud and Ahmad]

Lalu ... pilih lah yang mana satu anda?

2 comments:

thaaqhib said...

erm...ades...macam di mesir..anjing hilang identiti

Basyir K. said...

owh, anjing di mesir ... byk jugak tp boleh la nk kate 'jinak' ... hilang identiti, mgkn jugak ... haha ;)