Related Posts with Thumbnails

Saturday, February 16, 2008

.:. Mengapa Prejudis ... Mengapa Sentimen? .:.


Salam …

meniti hari-hari yang berlalu di fasa terakhir musim sejuk @ syitaa’ … memang sejuk terutama time peak waktu bulan 1 and 2 … dan sekarang pun masih lagi terasa kesejukan. Berada di musim sejuk memang memerlukan mujahadah lebih sket berbanding waktu bukan musim sejuk … mujahadah bile nak bangun subuh, nak tarik lihaf (blanket) dan bangun dari katil satu hal, nak ambik wudhu’ satu hal, nak keluar pegi masjid lagi satu hal … silap2 menggeletar satu badan time solat nanti … tp tulah bile dapat atasi semua cabaran2 tu, insya Allah akan terasa kemanisan bile beramal.

Bile berada di musim sejuk, adakah hati kite pun akan dengan sendirinye ‘sejuk’? … ya’ni I mean hati dan perasaan kite akan slow down dari sifat cepat marah, tension etc. Of course tak semestinya. There is one issue that had attracted me to write something about it … something to think about … something to ponder and consider … either we have achieve the real, true meaning of ukhuwwah and brotherhood or not. It’s not about persaudaraan among your friends, your family, teacher, ikhwah or else. It’s about how do you feel the connection or bond between you and the other muslims who are from different races than you and from different citizens and countries. As long as they are muslim who believe in Allah and our beloved prophet, Muhammad s.a.w.

Sebelum datang ke Mesir dulu, rate2nye @ kebiasaannye kite akan disogokkan dengan bende2 yang buruk pasal negara ni dan rakyatnye. Ape ye? … contohnye (I’m not intended to make an insult, just sharing) pasal persekitaran yang kotor dan zahmah @ sibuk, dengan rakyatnye yang kurang mengambil berat pasal kebersihan (normal view – sampah merata2, orang kencing kat dinding in public), orang arab yang x menepati janji, leceh berurusan dengan diorg, batak (if I can use this word), anggap diorg lebih civilized compared to our country (surely not! …. hehe ;) ) and so forth. Dan kadang2 kite pun terbawa2 dengan ‘sogokan2’ tu n it’s really happen in myself sometimes ... sehinggakan bende2 ni melarikan pandangan kite, membutakan kita dari melihat kebaikan2 yang ade pade diorg dari satu sudut yang lain (lenkali cite).

Persoalannya ialah mengapa perlu kita prejudis dan mempunyai sentiment yang tinggi terhadap bangsa melebihi agama? … kalau sape yang pernah pegi kursus BTN (Biro Tatanegara) sblm fly mesti rase kurang selesa bile mendengar hasrat sesuatu pihak yang inginkan kesatuan dalam negara berasaskan bangsa bukan agama. Kadang2 kite lebih2 nakkan kesatuan ummat manusia hari ini pada agama iaitu Islam bukan pada bangsa … namun di manakah kite bile kite diuji untuk hidup bersama dengan bangsa lain, cara hidup yang lain, budaya yang berbeza, pemikiran yang tak sama berbanding dengan kite?

Bile diuji sket dengan sifat arab yang x menepati janji … kite melenting. Bile terasa leceh berurusan dengan arab … kite meluat. Hatta kadang2 bende kecik je pun yang berlaku … kite mula hilang sabar. Bukan bermakna kita perlu redha dan rela terima apa sahaja sifat2 negatif diorang. Tetapi ia perlu dilihat dari sudut ‘kita adalah saudara’. Mereka saudara kite dan kite saudara mereka … biar tiada ikatan zahir namun kita diikat dengan ikatan ruhi yang suci iaitu ukhuwwah Islamiyyah. Sudah sampai masanya untuk kite meluaskan ukhuwwah, meng‘international’ dan meng‘antarabangsa’kan ikatan iman kite. Keluar dari zon selesa sesame kite2 dan belajar sesuatu dari bangsa lain.

It’s all about respect the others … treat everyone as a human being especially our brothers and sisters in Islam. Rasulullah bersabda ; “Man la yarham la yurham.” ---> sape yang tidak mengasihani tidak akan dikasihi. Atau boleh kite tafsirkan dan qiaskan di sini sape yang tidak menghormati tidak akan dihormati. Bergembiralah musuh2 Islam bile melihat kite terus berpecah. Ape ade pade sempadan negara, passport, visa dan segala tembok2 dunia yang memisahkan dan membuat jurang antara kite?

Kadang-kadang menjadi pihak yang mengalah bukan bererti lemah atau kalah … tetapi menunjukkan kematangan kita dalam menyelesaikan masalah. Manusia memang ramai kat dunia ni, tapi kitelah yang perlu terlebih dahulu meng‘adjust’ diri kita dan adapt dengan sifat orang lain bukannye berharap orang lain utk mengikut kehendak kite. Huh, indahnye dunia kalau macam tu! Hanya apabila kita sudah boleh menerima manusia lain seadanya barulah kite boleh berkhayal untuk membina tamadun Islam, menjadi ustaziatul ‘alam utk dunia ini.

To all my friends particularly in Egypt or other countries than Malaysia … isbir sobron jamiila (bersabarla … dengan kesabaran yang cantik ini sesabar-sabarnye!). Say NO to prejudice and being sentiment to pak2 arab. Allah knows best … ;)

0 comments: