Related Posts with Thumbnails

Saturday, January 19, 2008

.:. Don't Screw Up ... ur Life .:.

Di kala aku sedang fokus study utk menghadapi exam written n oral awal bulan depan, di ketika adanya sedikit ruang masa utk diluangkan semasa week of study leaves ni … Allah izinkan utk aku melakar sedikit coretan. Tulisan ini ditujukan khas utk diri ini terutamanya, utk kawan2 yang berada jauh di perantauan, utk sahabat2 yang pernah merasai nikmatnya tarbiyyah, utk ikhwah akhawat yang ingin thabat di atas jalan dakwah dan sesiapa sahaja yang memerlukan nasihat …

Berada di atas jalan tarbiyyah dan dakwah adalah satu nikmat hatta kalau hanya merasakan tempias2nye sahaja juga mungkin sudah terasa nikmat. Nikmat ini bukan utk dibangga2 dan dijaja2 pada orang lain dengan mengatakan ; “owh, aku dah pernah rasa betapa nikmatnya hidup dalam tarbiyyah.” … namun, nikmat ini disertakan juga dengan beberapa cabaran. Antaranya ialah cabaran utk menyampaikan nikmat tarbiyyah ini pada orang lain dan dalam masa yang sama mengekalkan nikmat tarbiyyah itu dalam diri kite. Mungkin ade antara kite yang leka ingin berkongsi nikmat tersebut dengan orang lain lalu melupakan diri sendiri sehingga nikmat tersebut hilang sedikit demi sedikit dari diri kita. Atau mugkin juga ade yang begitu teliti ingin memelihara nikmat tersebut dalam diri sehingga membiarkan mereka2 yang berada di sekeliling kita. Wa na’uzubillah … kalau ade antara kita yang sudah tidak sudi merasa nikmat tersebut lalu membiarkan diri lari selari-larinya dari nikmat tersebut apatah lagi mengizinkan orang lain merasai nikmat tersebut.

Memang benar, cabaran ini bukan mudah. Jika tidak, maka tidaklah ia dinamakan cabaran. Mungkin kerana itu juga Abu Ammar (Muhammad Ahmad Ar-Rasyid) menukilkan dalam salah satu ‘magnum opus’ nya, Al-Muntalaq bahawa ia hanyalah kerja RIJAL …! * Masih ingat lagi kisah impian Al-Faruq? … ye, di saat Saidina Umar mengajak sahabat2nye utk mencetuskan satu impian. Lalu ape yang begitu diimpikan oleh Umar adalah utk memiliki RIJAL yang boleh diminta bantuannya utk menegakkan kalimah Allah yag mulia. Nah! Besar sungguh cabaran yang perlu dilunaskan seorang RIJAL.

Bila asyik membelek2 buku2 tebal subjek medic atau ape saje, kadang perlu jugak utk kita menyelak2 bahan bacaan berfikrah sebagai pedoman menghadapi jalan tarbiyyah yang unik ini. Kenapa unik ye? … kerana jalan ini punye cara tersendiri utk dilalui, bukan utk mengkomersialkan atau mengeksklusifkan jalan ini … tetapi kerana kalau silap cara kita melaluinya kelak kita akan menyalahkan jalan ini kerana terlalu mengikat kita dengan wajibat2 yag perlu dilaksanakan dan muwasafat2 yang perlu diusahakan. Jangan begitu sahabat2 …

Thus, what I’m gonna to share with is just a thought of not to screw up our one n only precious life. Otherwise, our life will be miserable. Bagi yang pernah merasai nikmatnya berada di bawah lembayung tarbiyyah, usahakanlah utk memastikan ia berterusan. Barulah dinamakan mujahadah sebenar … bukan sekadar mujahadah utk berjaya pada cite2 dunia tetapi lebih besar dari itu. Kerana kita pernah suatu ketika dahulu bersama menghirup manisnya hidup berlandaskan tarbiyyah, lalu apakah puncanya utk kita tiba2 hilang punca dan melupakannya? Kita pernah ade bekalan lalu mengapa tidak digunakan? Kita pernah ade pengalaman lalu mengapa dilupakan?

Hidup ini umpama satu perjalanan di mana ade di situ beberapa stesen2 yang perlu dilalui, mungkin utk berehat sebentar dan mengumpul bekalan … rugi rasenye kalau tidak digunakan stesen2 tersebut utk tujuan2 td. Sepatutya semakin banyak stesen dilalui semakin hampir pada destinasi dan semakin segar utk meneruskan perjalanan. Begitu juga exam2 yang pernah kita lalui e.g. UPSR, UPSRI, PMR, SPM etc … mane ade orang yg akan mengambil SPM sedangka pegetahuannya masih di tahap UPSR barangkali. Pastinya semakin banyak exam yang pernah dilalui semakin meningkat tahap pemikiran … biiznillah. Lalu kita yang pernah melalui proses tarbiyyah ini … di mana tahap kita sekarang? Mudah saja, jadikan 10 sifat Muslim yang telah digariskan Imam Hasan Al-Banna sebagai neraca ukuran kite. Sejauh mane kite berusaha memenuhi segala kriteria yang digariskan …

* Bab 12 : Mu’adalah yufhimuha ar-RIJAL (Formula yang hanya difahami oleh RIJAL)

p/s : actually I’m quite missing my fellow friends yang bersemangat dalam tarbiyyah n dakwah, di mana sahaja mereka berada, yang boleh menghangatkan sinergi utk terus thabat … hanya Engkau ya Allah yang mengetahui betapa aku memerlukan mereka di bumi Iskadariyyah ini … hadirkan di sisiku para ikhwah yang sama2 ingin merasai nikmat tarbiyyah ini …. Waj’alna minar rijal alaziina yansuruuna deenak …


2 comments:

MySara said...

Salam.one of ur lecturers is in Leicester rite now.X igt name die ape.Its a lady and her name starts with M kot. die kate die incharge of students from Msia in Alexander Uni.
Well,she's staying a week in our uni,katenye die nak tukar system pembelajaran korg and tiru style lester. So,die slalu join lectures,groupwork,etc etc
A few things that she mentioned was nak tmbh koleksi in the uni's bookstores,and then she liked the idea of lecture notes being available on the internet for students to print before hand. Lagi,die kate nk kurg kan Lab session korg coz she says korg have so many Labs,like histo,patho,biochem,etc..while we only have histo Lab,which was only in 1st sem and skang dah xde dah :D
And then die kate korg byk sgt lectures,if compared to kitrg yg plg byk pon 2 lectures in a day.and byk self-study.
Well..panjang lebar gak die borak ngan kitrg,but it was nice sharing experiences with her.
Lemme know if ade apa2 changes to ur uni's learning system eh! She says nak bg system baru nie rileks sket bcoz system skang agak tight.
Owh..and die ade mention about exchange students, she's planning on bringing some Alex's student to Lester for a few months.Sounds fun =)
Anyway,goodluck over there!!

haidar said...

gambar ni membawa mermacam2 kenangan dan pengertian..