Thursday, December 13, 2007

.:. Langkah itu .:.

Dan pagi itu, di tengah kesejukan kota Iskandariah ... atau megah dengan nama Alexandria dalam kalangan westerners, dia melangkahkan kaki keluar dari Madinah Gami'iyyah (University City aka Asrama U) menuju ke stesen tram berhampiran. Perjalanan yang memakan masa 20 - 30 minit itu atau bersamaan dengan ratusan atau mungkin ribuan langkahan kaki itu bukan mudah, perlu merempuh lautan kereta di atas jalan berselang-seli dengan bunyian hon yang tidak berkesudahan dari setiap jenis tunggangan buatan manusia itu. Ada yang dipanggil arabiah (kereta @ bas), ada juga tremco (sejenis van), tidak kurang juga ugrah (teksi) kuning berbelang hitam ... dan seekor dua kuda @ himar & baghal. Lalu dia teringat sabda Ar-Rasul s.a.w. tercinta riwayat Imam Muslim - "Barangsiapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu maka Allah akan mudahkan jalannya ke syurga." serta merta dia bersemangat dan terus mengorak langkah itu.

Malam itu, helaian demi helaian buku teks Anatomy dibeleknya, cube merevisi semula apa yg telah dipelajari pada lecture pagi tadi ... embryology - study of intra uterine development of human being. Lalu dia berfikir, dari sekecil2 ciptaan yang Allah jadikan either sperm or ovum akhirnya Allah takdirkan untuk menjadi sebesar2 manusia yang berjalan di atas muka bumi. Kadang2 dia merasa terleka dengan ciptaan Khaliq ini seolah2 merasakan ia wujud nyata pada pandangan mata, namun lalu dia sedari bahawa segala cell dan bahagian2 yg seangkatan dengannya adalah satu ciptaan miroskopik yang hanya bisa dipandang dengan pandangan alat2an ... biarpun begitu keajaiban ciptaanNya yang bernama manusia ini tetap terpancar pada segala apa yang dipelajari. Banyak istilah yang perlu dia ingat, dibaca satu persatu ... owh, itu rupanya ... ini caranya ... subhanallah. Lalu terngiang lah sebaris kata tuhan Yang Maha Pemurah ; " Innama yakhsyallaha min 'ibaadihil 'ulamaa'." ... "Hanya sesungguhnya orang2 yang takut pada Allah itu adalah org yg berilmu."

Selesai menelaah buku medic, dia membuka komputer ribanya dan menekan dua kali pada sebuah file pdf. Dari satu muka ke satu muka dia baca sehinggalah tiba ke satu bahagian dari file itu --->

"Para sahabat dan saudara mara pun mengucapkan selamat jalan dan saya mengucap selamat tinggal kepada mereka. Saya berbual dengan para sahabat mengenai beberapa perkara. Salah seorang sahabat saya itu ialah Muhammad Afandi As Syarnoobi. Ketika berbual dia telah berkata, ‘Ke mana saja seorang yang soleh pergi, dia meninggalkan kesan yang baik. Kami harap saudara kami ini akan meninggalkan kesan-kesan yang baik di bandaraya Ismailiah yang merupakan tempat baru untuknya.’ Kata-katanya itu sangat memberi kesan kepada saya." (Dipetik dari Muzakkirat Da'wah wad Da'eiyah versi BM - Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna)

Tibe2 dia terjaga ... oleh suara si kecil - si kecil itu. Argh, mereka rupanya ... 'aizz eh? (nak ape?) ....



... dan die gagahkan jua meneruskan perjuangan yg baru bermula ini ... ;)

Thursday, December 06, 2007

.:. Qudwah .:.



Alhamdulillah ... was solatu was salam 'ala rasulillah.

Now we're in December, Zulqaedah n x lame lg masuk bulan Zulhijjah seterusnya Eid Adha ... hmm, raye kedua di bumi Anbiyaa'. Harapnye dpt la tgk camne org2 arab ni sambut raye qurban, katenye meriah ... tunggu & lihat.

Sekarang jugak dah nk hbs sem 1, insya Allah p'tghan Januari nnt ade final exam utk sem 1 ni ... doakan najah. Lectures skrg dah masuk bab embryology. So far, alhamdulillah still dpt catch up n follow ... dpt rase agak best jugak bile blaja ikut sistem blok ni lebih2 lg dgn sistem akademik kat Alex Univ ni yg selalu diperbaiki dr semasa ke semasa ... hasil susunan prof2 kat sini esp Prof Nagwa Mashali as our program coordinator. Mule2 blaja pasal nucleic acid, dna, rna etc dlm biochem, n then histo lak pasal mitosis & meiosis (quite different dr sek men, ade aditional info), anat lak tgh blaja reproductive system .... so far semua berkaitan, tu yg senang sket ble blaja. Insya Allah mudah2 an berterusan mujahadah dan jiddiah 'ala tul.


Hbs pasal blaja ... aku still ingat bende pertama yg aku ditekankan oleh ikhwah2 kat sini i.e. aku skrg berada dlm maqam (level) qudwah utk students2 medic yg lain. Kene jd qudwah dlm setiap aspek ; study, amal, life etc. Asyan eh? (Pasal ape?) Dakwah perlu ade figure yg boleh diikuti oleh semua org. Bygkan klu kite excel study, of course klu org nak ikut kite pun senang. Otherwise klu hidup pun x terurus, mana mungkin boleh tarik org. Mush ma'ul la. (x masuk akal)

Klu tgk sahabat2 kabir e.g. Abu Bakar, Umar, Mus'ab, Ali dll - mereka adalah figure2 sahabat dlm dakwah & amal. Dgn ketokohan Abu Bakar, 6 org sahabat lain menerima Islam. Dgn keberanian Umar, Islam dihormati. Dgn kredibiliti Mus'ab, satu Madinah menerima cahaya Islam ... and so forth. Dan perlu kita fahami bhw utk menjadi qudwah dan ikutan tidak semestinya memerlukan jawatan atau pangkat dan gelaran. Buktinya Rasulullah s.a.w. menolak segala tawaran Quraisy utk diberikan harta, kedudukan, wanita dll kerana Baginda x memerlukan semua tu utk bawa Islam. Asalkan ade akhlak & peribadi yg mulia, insya Allah 'aura' diri akan dpt menarik org lain utk bersama2 kite. Just 2 remind myself. Al-waajibat akthar minal auqat ...


Aku menulis supaya aku ingat, supaya aku diingatkan, supaya aku beringat kerana ape yg kite tulis same juga dgn ape yg kite ckp dan semua tu akan dipersoalkan adakah tulisan hanya tinggal tulisan tanpa membuahkan amal? ... Istafti qalbi ya rabb! Betul, hidup di Alex x same dgn hidup di Kaherah. Kat sane ramai ust2 yg boleh teman2, nk dpt ilmu agama tu rase cam senang je. Kat sini, we have no ust2 yg boleh teman2 student medic ni cos yg ade ustzh2 je. (Alex khas utk Kuliyyah Banat, Azhar). So, nak x nak di kalangan student medic ni jugak kene ade yg berperanan sbg 'ustaz' ... bukan sekadar pada ilmu ttp utk menjadi qudwah, membawa kawan2 ke jalan yg lurus, beramal bersama agar x tersimpang jauh. Ayuh! ... sahut cabaran ini wahai para daei yg ikhlas lillahi ta'ala.