Salamz.
Alhamdulillahi rabbil ‘aalamin … alhamdulillahhil lazi hadaani li haza wa ma kunna linahtadiya laula an hadaanallah … hamba-Mu ini sangat bersyukur ya Allah, atas segala limpah hidayah yang kau beri, atas pilihan-Mu jua aku kini berada di sini, di bumi Mesir … bumi yang meskipun tidaklah disebut oleh-Mu sebagai bumi yang diberkati sekelilingnya di dalam Al-Qur’an… namun cukuplah dengan segala sirah para Anbiyaa’ yang menceritakan segalanya … bumi yang banyak menyimpan sejarah ketamadunan manusia dari zaman Fir’aun dgn Nabi Musa hinggalah pembukaannya oleh sahabat Rasulullah s.a.w. ya’ni ‘Amru ibn Al-‘Ash … juga sejarah modennya yang menarik utk dikaji … insya Allah bumi yang akan mengajar setiap manusia yang pernah mendiaminya erti kehidupan dunia yang sebenar.
Hmm … dah lama x menulis kat blog ni. Bukan malas ataupun xde kesempatan ; kononnya dah jadi budak medic ni makin sibuk … ;) isy, xde sampai macam tu lg. Cume bile keadaan x mengizinkan dgn xde internetnye dll … rasenye tulis kat blog ni boleh dikurgkan priority utk sementara waktu.


So, dah genap sebulan aku meninggalkan bumi Malaysia pada 31 Ogos lepas n tinggal di Mesir ni atau tepatnye di Alexandria @ Iskandariah. Mase bertolak hrtu, flight delay hampir sejam … suppose to take off dlm pkl 10 pg tp disebabkan jumlah kitorg yang ramai n rate2 first time naik flight … klia jd sesak n banyak urusan2 yang memakan masa e.g. check in, kastam, carik seat etc. Sepanjang musafir yang panjang atas kapal terbang dpt la makan dlm 3 kali … brunch, lunch n minum petang. Sampai Queen Alia International Airport, Amman, Jordan dlm pkl 3 ptg lebih waktu Jordan utk htr student ke JUST … berhenti utk solat jama’ zohor n asar atas kapal terbang. Plan asal sepatutnye turun dr kapal terbang tp disebabkan flight dah lambat, so terpakse la berpuas hati tgk bumi gersang Jordan dari luar je … huhuhu .. dah mule rase bahang bumi timur tengah walaupun waktu tu kire hujung musim panas @ soifi dah …. N selamat landing di Cairo International Airport (CIA) 3 jam lepas tu, dlm nk dekat maghrib. Sebelum tu dpt la lalu atas sempadan Palestin & tanah haram Israel … huhu, lalu sempadan je as we all know that our government doesn’t have any diplomatic relation with the Israelis.


Di CIA, tggu bagasi keluar dlm setgh jam lebih … n kitorg disambut oleh ikhwah PERUBATAN, sebuah badan kebajikan utk student medic kat sini. Jumpe la muke2 (sahabat2) lama yg dirindu … Saif, Irfan, Amin, Isa, Anas dll (2nd year Cairo Univ). Dari CIA, bergerak ke Asrama Rumah Melayu (ARMA) @ Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK) … kire Malaysian Hall kat sini la. Kat sane jumpe sahabat lame ; Hafiz Abdul Rahman, x dpt nk sembang lame coz penat sgt malam tu ditambah dgn jet lagged n masing2 ade urusan.
Bermukim di ARMA dlm 5 hari, orientasi dgn MSD, Embassy, Jaulah sekitar Cairo n pergi melawat rumah negeri i.e. Selangor di Hayyu ‘Asyir. Tak sangke dpt jumpe MB Dato’ Khir Toyo yang buat lawatan kerja ke Mesir bersama Mufti Selangor. Kat rumah negeri alhamdulillah dpt kenal ramai kawan a.k.a. ustaz2 (kat sini pelajar dirasat ; syari’ah, usuluddin, lughah dll akan dipanggil ustaz n student medic akan dipanggil doctor w’pun belum grad. Doa kate mereka.) … they’re very welcoming us. Dptla rase firakh masywi dgn ‘isy baladi, asir asob, tamar hindi dll, ruz bil laban etc.
Then, hari Khamis gerak ke Alexandria naik Tremco khas lebih kurg 3 jam perjalanan.
To be continued ….
10 awakhir Ramadhan sudah menjelma … mase utk mendpt ganjaran 1000 bulan dlm amal ibadah … insya Allah akan cube berusaha utk iktikaf di masjid sekitar Alex esp malam2 ganjil …
“Allahumma ballighna Lailatu Qadr” .. amen.