:: iLAiK...miNNi ::

~ Perkongsian dalam ukhuwwah .:. kekal dalam hasanah ~

Sunday, January 22, 2012

.:. Menterjemah Rasa Kepada Usaha .:.

Malam tadi saya ambil keputusan untuk tidur awal. Menghilangkan penat dan lelah yang berbaki. Dan di awal pagi hari ini saya terjaga dan tak mampu untuk meneruskan lelap. Alang-alang dah bangun dan segar ni, saya cuba untuk berkongsi apa yang bermain di fikiran sementara menunggu sepertiga akhir malam dan subuh hari. Lagipun dah lama juga tak menulis sesuatu di sini. Ambil masa sebentar untuk menulis kemudian boleh teruskan dengan aktiviti lain insya Allah.

Ok bismillah, mungkin panjang sikit ...

Rasa - saya definisikan sebagai apa yang kita rasa dan lintasan positif dalam hati apabila sesuatu perkara berlaku dalam hidup kita atau kita alami sehari-hari.

Usaha - yang saya maksudkan adalah suatu inisiatif, gerak kerja dan tingkah laku yang kita lakukan sebagai terjemahan kepada apa yang kita rasakan.

Mengapa rasa, megapa usaha?

Sebenarnya saya terfikir, banyak perkara yang berlaku di sekeliling kita akan menafsirkan siapa kita di masa hadapan. Jangan pandang masa hadapan itu terlalu jauh. Esok juga dikira masa hadapan hatta detik, saat, minit dan jam yang mendatang juga begitu sifatnya. Bagi seorang muslim, di setiap hela nafas dan ketika hidup kita akan sentiasa berlaku pertembungan antara baik dan buruk. Iman dan hawa nafsu. Kanan dan kiri. Abu 'Ammar ada menyentuh tentang 2 tarikan ini secara panjang lebar dalam mukaddimah buku Al-Muntalaq.

Sesuatu rasa akan muncul dan terlintas dalam benak hati kita setiap masa. Pandang pada pengemis di tepi jalan rasa kasihan timbul. Dengar ceramah tentang sifat Nabi s.a.w. rasa kagum dan ingin mencontohi muncul. Menonton video di youtube atau movie tentang Palestin rasa semangat dan berani untuk melawan musuh hadir. Dan pelbagai lagi rasa yang boleh kunjung tiba dari pelbagai sumber. Cantik sungguh aturan Ilahi kerana rasa ini boleh datang dalam diri setiap manusia. Kalau tidak, takkanlah ada orang yang boleh te'rasa' untuk mengambil pengajaran dari permainan 'angry bird', DOTA dll. K-pop, cerita korea pun boleh (sarcasm).

Mungkin contoh yang saya berikan di atas nampak Islamik sikit sebab ia lebih hampir kepada realiti. Apa yang saya nak sampaikan adalah pe'rasa'an ini ada pada semua orang tidak kira bagaimana tanggapan orang pada dirinya ataupun tanggapannya pada dirinya sendiri.

Dari rasa ini maka akan menyusul suatu usaha yang kita cuba lakukan sebagai terjemahannya. Yang ini tak ramai atau tak semua orang berjaya. Mu'min pada istilahnya adalah terangkum dari 3 komponen iaitu mereka yang berikrar dengan lisan, percaya dengan hati dan beramal dengan perbuatan. Bukti keimanan kita pada 'rasa' yang kita alami adalah dengan adanya suatu usaha dan gerak laku yang menafsirkan pe'rasa'an tersebut. Tanpanya, rasa hanya akan tinggal rasa. Lintasan hanya tinggal lintasan. Berlalu bersama tiupan angin yang lalu. 

Inilah apa yang boleh kita sebutkan sebagai amal. Ramai orang boleh mengungkapkan apa yang dirasa namun tak ramai yang boleh menterjemahkannya kepada amal usaha.

Apa yang saya nak sampaikan adalah hidup ini tidak cukup hanya sekadar rasa sahaja. Tengok movie 'perjuangan' 300 orang Sparta, rasa berani dan nak bina otot kental dan sasa, tapi akhirnya tak mampu juga menyelak selimut di waktu Subuh. Tidak cukup hanya dengan ilmu sahaja. Dengar ceramah tentang akhlak Rasul kemudian kita rasa kagum tetapi balik ke rumah masih dengan akhlak jahiliyyah meyindir, mengata dan menyakitkan hati orang lain.

Sebab tu Allah sebut dalam surah Asy-Syams, beruntunglah orang yang memilih ilham taqwa dengan menyucikannya atau melaksanakannya dalam bentuk usaha dan gerak kerja.

Titik.

Menterjemah rasa kepada usaha

Memang benar, hamba Allah yang diberi kekuatan dan inayah-Nya akan mampu. Saya cuba kongsikan beberapa perkara yang boleh membantu :

1/ Kefahaman yang benar

Kefahaman yang kita nak bina di sini adalah kefahaman bahawa setiap ilmu yang kita perolehi dan rasa yang kita hayati perlu diterjemah kepada amal tindakan. Bukan 'mujarrad' atau semata kalam dan lintasan. Juga kefahaman akan kepentingan sesuatu rasa yang kita alami. Kepentingan bangun subuh, kepentingan berakhlak dengan akhlak Rasul, kepentingan menginfaqkan sebahagian harta dan sebagainya. Kefahaman yang benar akan menolak kita untuk terus beramal.

2/ Niat yang suci

Semestinya hanya untuk mencapai redha Ilahi. Benarlah suatu kata-kata bahawa setiap yang dilakukan kerana Allah akan sentiasa kekal dan berterusan. Begitu juga sebaliknya. Niat yang bersih tanpa sebarang unsur sandaran pada makhluk akan menjamin kelangsungan rasa kita kepada usaha.

3/ Persekitaran yang membina

Keluarga, rakan, masyarakat yang soleh mampu membantu kita dalam menterjemahkan rasa ini. Suasana yang hangat mengingatkan antara satu sama lain, basah menegur dalam kelembutan dan kasih sayang serta memberi semangat dan sokongan yang berterusan. Berpesan-pesan ini adalah ciri orang yang terlepas dari kerugian. Menjadi tanggungjawab kita juga untuk membina dan mencipta persekitaran yang baik ini. 

Inilah beza tarbiyyah dan didikan yang mendalam dari suapan suam-suam kuku. Usrah yang mempunyai ruh mencipta dan melahirkan produk dari bulatan rutin yang ikut-ikutan dan tanpa rentak. Lontaran pemikiran dan perasaan yang membina dari ceramah mingguan yang hanya bergelak dan mengata.

Saya akhiri dengan satu firman Allah dari surah Al-Hadiid. Takut-takut kalau kita mengabaikan sudut 'penterjemahan' rasa ini kelak suatu hari nanti tidak akan terlintas lagi dalam hati kita rasa itu. Di kala itu, usah bermimpi untuk berbicara tentang amal.

" Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik. " (Surah Al-Hadiid : 16)

 Apa yang kita rasa? Apa usaha kita?

Sunday, November 13, 2011

.:. Di Sebalik Agama .:.

Pandangan umum masyarakat akan melihat usia-usia dalam lingkungan sebaya saya adalah satu tempoh yang sudah matang. Sudah sampai tempoh, sudah masak atau 'ripe' dalam bahasa Inggerisnya. Menunggu masa untuk dimanfaatkan dan memikul tanggungjawab yang seterusnya. Straight to the point - mula berfikir untuk ada pasangan sehidup semati. Berkahwin. Getaran ini dapat saya rasakan dari mereka yang berada di sekeliling saya. Mula berfikir dan merancang untuk masa depan keluarga yang akan dibina. Kadang-kadang ia menjadi satu topik yang hangat dan serius dibincangkan melebihi perbincangan ilmiah akademik di kuliah.

Semua orang ada pandangan tersendiri dalam bab memilih jodoh. Kalau ada yang bertanya pada saya, maka jawapan saya mudah. Rujuk saja pada panduan yang diberikan oleh Ar-Rasul s.a.w. dalam sabdanya yang popular dalam kalangan pemuda :


تنكح المرأة لأربع : لمالها ولحسبها وجمالها ولدينها ، فاظفر بذات الدين تربت يداك
"Dinikahi wanita itu kerana 4 perkara -
kerana kekayaannya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya
dan kerana agamanya ... maka pilihlah kerana agamanya
nescaya akan beruntunglah kedua-dua tanganmu." 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Benar, saya bukanlah orang yang selayaknya untuk membicarakan tentang hal ini dek kerana belum ada pengalaman yang berpijak pada realiti. Mungkin ia adalah sesuatu yang ideal. Namun, izinkan saya untuk berkongsi sudut pandang yang saya lihat dalam isu ini. Kebanyakan orang akan berada di persimpangan antara 2 pilihan yang tidak mudah - agama dan kecantikan.

Mengapa Agama Didahulukan?

1/ Ia adalah jaminan bagi perkara-perkara yang akan datang seterusnya. Seorang muslim dan muslimah yang berpegang teguh dengan agamanya, memiliki akhlak yang mulia, menzahirkan perawakan muslim yang sopan akan menjadi jaminan kepada pembentukan sebuah pasangan rumahtangga Muslim yang bahagia. Mereka akan berusaha menjadi seorang yang menyejukkan pandangan bila dipandang pasangannya, mereka akan menjadi seorang yang bertanggungjawab dan melayan ahli keluarganya dengan penuh penghormatan. Kerana mereka beriman dengan sabda Nabi s.a.w. :

أكمل المؤمنين إيمانا أحسنهم خلقا وخياركم خياركم لنسائهم
"ٍMu'min yang sempurna imannya adalah
mereka yang terbaik akhlaqnya, dan sebaik-baik kamu adalah 
mereka yang berbuat baik kepada isteri-isteri mereka."
(Riwayat Tarmizi, 
Hadith No. 1162)


  ألا أخبركم بخير ما يكنز المرء؟ : المرأة الصالحة إذا نظر إليها سرته ، وإذا أمرها أطاعته ، 
وإذا غاب عنها حفظته في نفسها وماله

"Mahukah kamu aku khabarkan sesuatu yang berharga? Isteri yang solehah : Apabila kamu memandangnya kamu merasa gembira (senang), Apabila disuruh dia taat, Apabila kamu tiada dia menjaga dirinya dan menjaga harta kamu."
(Riwayat Abu Daud dan An-Nasaie)
 

Oleh yang demikian, mereka akan sentiasa berusaha menjadi pasangan yang terbaik sumbangannya. Baik pada layanan mesra, kejernihan wajah, rasa tanggungjawab dan sebagainya. Akhirnya dua-dua dapat. Agama dan kecantikan. Barulah matlamat menyempurnakan separuh agama itu akan tercapai.

2/ Songsangnya fahaman kita akan kecantikan dan rupa fizik seseorang. Kecantikan yang digambarkan oleh manusia zaman sekarang adalah sesuatu yang bersandarkan kepada apa yang selalu ditonjolkan dan disensasikan di dalam media massa. Media yang juaranya buat masa ini diterajui oleh media jahiliyyah. Menayang dan mengeksploitasi tubuh serta mempromosi nafsu yang meliar. Hingga akhirnya apa yang kita gambarkan adalah sesuatu yang bercerminkan dari kacamata dan pandangan jahiliyyah. Sedangkan kecantikan itu terletak pada kesopanan dan sifat malu seseorang, maruah diri yang terpelihara serta akhlaq mulia yang menghiasi diri.

Oleh itu, nasihat saya buat semua yang membaca - betulkan semula orientasi niat kita dalam memulakan langkah. Kalau boleh kita nak dapat keempat-empat ciri yang Rasulullah sebutkan. Kalau ada (dan ia bukan mustahil) itulah yang terbaik. Akan tetapi Rasulullah mengajar kita untuk menyusun dan meletakkan prioriti pandangan pada neraca Allah dan Rasul-Nya. Sehingga bila mana berlakunya pertembungan antara 2 pilihan, kita tahu mana yang ahsan. 

Tuesday, July 26, 2011

.:. Osteoporosis .:.

According to medscape website, osteoporosis is defined as a condition in which bone mass is low and microarchitectural deterioration of bone tissue occurs, leading to bone fragility and an increased risk of fracture. It results from hereditary and environmental factors that affect both bone mass and bone quality. It simply means, the bone has become weak.

It is more common in female population rather than male although it may occur in both sexes. It is also a common long term sequalae of clinical manifestations of menopause. As stated earlier, this also may happen in andropause (male version of menopause) albeit through a different pathophysiology.


Allah said in Quran from Surah Maryam verse no. 4 :

He said, " My Lord, indeed my bones have weakened, and my head has filled with white, and never have I been in my supplication to You, my Lord, unhappy.

This is what Prophet Zakariyya said in his dua' requesting Allah to grant him and his wife a successor to continue the risalah. A child. Although he is old, time-wise and his wife is said to be barren. So, Yahya was born.

And people who read the Quran long time ago knew already about this so called 'weakened bone' association with old age (literally) until they discover osteoporosis academically.

Indeed it's a sign of Allah's mercy. Indeed Quran is a book of signs rather than science. For us to think ... and to practice.

Monday, July 04, 2011

.:. Kebajikan .:.

Suatu hari nanti kita semua akan berkerjaya. Mencari nafkah untuk diri dan keluarga. Kalau yang jadi doktor, gajinya mungkin lebih sedikit. Belajar sampai jadi pakar, kurang-kurang gaji bulanan mesti 5 angka. Kalau bukan pakar pun buat lokum beberapa hari di klinik paling kurang RM80 sejam sudah dalam tangan. Tidak kurang juga kerjaya-kerjaya yang lain. Waktu itu, siapa yang berkiblatkan duit dalam kehidupan akan terus leka dengan kerjayanya. Niat awal ketika belajar untuk menolong orang yang susah sudah bertukar tujuan dan arah.

Adakah salah mencari nafkah?

Bayangkan ketika kita sudah menjadi doktor nanti. Di hospital mahupun klinik sendiri. Datang seorang mengadu sakit sekian sekian. Akhirnya setelah menerima rawatan tidak mampu untuk membayarnya. Atau menolak rawatan yang diberikan kerana kesempitan wang. Apa tindakan kita? Mahu terikat dengan polisi hospital? Atau kita mampu berkata khalli kepada pesakit dalam soal caj rawatan?

Realiti ke tak?

Tapi saya ada pengalaman berjumpa dengan doktor-doktor yang sanggup tidak menerima bayaran dari pesakit yang kurang berkemampuan. Di Mesir mahupun di Malaysia. Maka saya kira ia adalah realiti.

Berbuat kebajikan

Kalau dalam Islam, kebajikan ini juga disebut sebagai sadaqah. Dalam hadith ke-26 buku 40 hadith kumpulan Imam Nawawi, disebut satu-satu bentuk sadaqah itu. Kebanyakannya adalah dalam soal kebajikan, meringankan beban orang lain dan mengalihkan kemudaratan. Kebajikan adalah satu bentuk dari pengamalan sistem hidup Islam. Dari situ terbentuknya takaful atas dasar tolong-menolong antara sesama ummat Islam.

Negara Kebajikan atau Negara Islam

Saya kira kedua-duanya hampir serupa. Ada yang menganggapnya sinonim. Pada saya ia lebih kepada hubungan subset kepada sebuat set yang lebih besar. Walau apa pun ijtihad gerakan dakwah dalam usaha mereka menegakkan syariat Allah atas muka bumi, bagi mereka pahala yang dijanjikan. Apa pun wasilah yang digunakan, jangan kita lupa Daulah Islamiyyah itulah yang kita harapkan akan tertegak suatu hari nanti. Jangan sampai matlamat ini dikaburi dengan perkara-perkara lain.

Iya, umpama duit gaji yang menenggelamkan rasa manusiawi tadi. Jangan sampai begitu ...

Wallahu waliyut tawfiq


Boleh tengok dari minit 00:18 terutamanya minit 01:54 sebagai contoh kebajikan.

Tuesday, April 05, 2011

.:. The Human Connection .:.

Salam ...

I'm not intended to update my blog in the middle of upcoming examinations await me. But after reading an interesting article linked by one of my friends at the facebook wall, I can't help myself but to write something regarding it. And to add the spark, it's something I just experienced a day before.

Here are some excerpts from the article. It's about the doctor-patient relationship ...

“Place the diaphragm of your stethoscope here,” the Irish doctor was saying. “Start at the base of the heart and move down to the apex.”

He listened quietly. “Ma’am, take a breath in, and breathe out and hold it.”

I felt like an oddly invisible prop: part artist’s model, part one-night stand, heard but not seen. At first nobody made eye contact or spoke to me, a situation that evoked the universal vulnerability of patients: exposed, invisible, dehumanized.

* * * * *

The fourth student who strode to my chair was a guy I remembered from a cardiology lecture I’d attended at the outset, taught by Dr. Katharine Treadway. He’d sat up front and answered her toughest questions, brimming with enthusiasm and brains. I had found myself rooting for his medical career. Now he listened, smiled at me and said, “Awesome!”

That broke the ice. At last I was a person, not a prop.

The next student opened with “Hi, how are you?” When she finished, she said, “Thank you very much!”

* * * * *
Again, some of the students spoke to me, while others did not. One let his hand linger too long on my shoulder as he thanked me and turned to walk away: creepy.

Another remained stony-faced as he fumblingly examined me, never saying a word: really creepy. So inept was he that I decided not to lean forward, thus making my heart more difficult for him to hear. (Doctors who don’t earn the trust of their patients, by the way, are more likely to be sued in a malpractice claim.)

* * * * *
“Hi, my name is Ben,” he said with a warm, professional smile as he looked me in the eye and shook my hand. I was instantly at ease.

Ben moved with natural confidence, as if he had been practicing cardiology for decades. While listening he closed his eyes, the better to hear the subtly separate click between the two heartbeats.


He made such a vivid impression in person — kind, compassionate, smart, capable, intuitive — that when I later played back our exchange on my digital recorder, I was surprised that his soft voice had barely registered. At the end of the session I asked him why he wanted to be a doctor.

“I had an experience in the hospital with my mom, who passed away,” he told me. “That’s when I realized what I wanted to do.”

* * * * *
The third group seemed to have picked up a few pointers. The doctor in charge not only called me by name, but rubbed her hands and the stethoscope to warm them up, which the students mimicked. They greeted me at the start and thanked me at the end.

Before beginning, they explained where they would be placing the stethoscope and why. And they listened to my heart intently, for longer stretches — one fellow for 5 minutes 25 seconds: a lot of listening.

Feeling like an acknowledged human being, I was more apt to adjust my posture for them and inquire whether they had heard what they were listening for. I wanted to meet them halfway; I felt I owed them a good click.

Still, it was not until the 18th student — the last — that someone bothered to ask my first name. She told me hers and shook my hand. How wonderful it felt to finally say my name, to be heard and seen.

* * * * *
Pardon me for the long 'excerpts'. I think I should write it down rather than just post the link. HERE!

As for me myself, yesterday i had gone through the osce exam for internal medicine. The exam went quite well. For this exam, I was told to greet patient first before doing any of the questions requested. Not like the previous osce surgery in which I wasn't emphasized onto it. It's like - Assalamualykum. Ezayyak, 3ammel eh? Ana duktur Basyir, momken ana kashf 3aleyk? (Assalamualaikum. How are you? I'm Dr Basyir. Can I do some examinations on you?) And later on after finishing my examination on the patient, I should recover again any parts of the patient's body in which I uncover before.

For me, it's just a small thing. Not something that I should worried if I forget to do so. Not as much as if I forget the murmuring sound of mitral stenosis. But after the osce exam, I can conclude that the human skill of the doctor-patient relationship is as much important as the knowledge of medicine itself if not more.

In addition to the article above, the previous osce exam has taught me to treat patients as a human being and not merely a subject or a model of diseases. It's true the limited time of exam (even some of my unfortunate colleagues got a very brief time) sometimes made us anxious and eagerly rushing to the diagnosis rather than thinking of making some connections with the patient.

I believe these things can be learned and practiced. Developed by times. And trust me it would only do us beneficial than harm. One of my patient (as if I'm a doctor ... hehe) yesterday even try to encourage me and ask me to calm and think to answer my professor's question. Isn't it a great feeling to see your patient giving you a support in that time?

It was related on the authority of Abu Hurairah, radiyallahu ' anhu, that the Prophet, sallallahu 'alayhi wasallam, said :

"Whosoever relieves from a believer some grief pertaining to this world, Allah will relieve from him some grief pertaining to the Hereafter. Whosoever alleviates the difficulties of a needy person who cannot pay his debt, Allah will alleviate his difficulties in both this world and the Hereafter. Whosoever conceals the faults of a Muslim, Allah will conceal his faults in this world and the Hereafter. Allah will aid a servant (of His) so long as the servant aids his brother. Whosoever follows a path to seek knowledge therein, Allah will make easy for him a path to Paradise. No people gather together in one of the houses of Allah, reciting the Book of Allah and studying it among themselves, except that tranquility descends upon them, mercy covers them, the angels surround them, and Allah makes mention of them amongst those who are in His presence. Whosoever is slowed down by his deeds will not be hastened forward by his lineage."

[Muslim]

Shokran hadhrotak ...

Friday, November 19, 2010

.:. Semalam Di Kaherah .:.

Semalam aku di Kaherah
semalaman juga ku cari arah
manusia ke hulu dan ke hilir
mencari sesuap rezeki satu dua butir
di tengah sesak Medan Tahrir

Ku lihat mobil menyimpang arus
ke kanan ke kiri belok dan lurus
tampak searah rupanya lain
kejar destinasi kejar genih wahid itnin
ini dunia jangan main-main

Gelap malam neon menerangi
dari deretan pizza hut, hardees, kfc
gelap hati kelak kan tenat
andai dibiar tanpa dirawat
dek dunia yang penat penuh gelagat

Hidup butuh teman dan arah
ibrah dari semalam di Kaherah

2113
Medan Tahrir
18 November 2010
Related Posts with Thumbnails